Pages




Saturday, December 19, 2009

Kelebihan membaca al-Mathurat

 
- Tidak dihampiri syaitan
- Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini
- Allah mencukupkannya apa yg sgt diperlukan daripada urusan dunia dan akhirat
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah menjamin untuknya syurga
- Selamat drp segala sesuatu
- Allah menyempurnakan nikmatnya kepada orang yang membacanya
- Allah berhak untuk meredhainya
- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat atasnya
- Terhindar daripada syirik
- Selamat daripada bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun
- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
- Berhak mendapat syafaat pada hari kiamat
- Sesiapa yg membaca pd waktu pg, akan diperlihara oleh Allah hingga ke petang. Dan sesiapa yg membaca di waktu petang akan terpelihara hingga waktu pagi
- Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dr sudut zikir dan doa dan berbagai lg kelebihan.

Nabi SAW merupakan insan yang palin tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil besar,mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru hendaklah kita mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.


Tuesday, December 15, 2009

Firman Allah

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah(Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya..(SURAH AL-ZUKHRUF ayat 36)

Monday, November 30, 2009

Bayi yang Berkata-kata


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”

Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”

Friday, November 20, 2009

A VERY GOOD ONE

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin..

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil..

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya...” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya..

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba.. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


read dis...


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all .....because


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saturday, October 24, 2009

coklat


yummy2....
sedapnye...
aduyai...takde sape ke nak bagi aku coklat..
sedap tuhh...

MySpace

ade orang kate coklat tidak menggemukkan..
eh yeke..???
tahla..
ke orang yang cakap tu saje nak tipu aku..
hahahhaha..
kesian tullll...
MySpace
tapi bile orang tu cakap cmtu rase nak makan banyak2 lak..hukhukhuk...
rasenye kalau makan banyak2 maunye tak gemuk..
ish menipu aihhh...
tak kire nak jugak!! nak jugak!! nak jugak!!
MySpace

penentuan

adakalanya kita terlalu menginginkan sesuatu dan akan rasa susah hati bila kita tidak peroleh..
dan apabila kita sudah dapat susah pulak kita nak hargai..

cuba fikirkan....
kenapa kita bersikap sedemikian..??
kerana di dalam diri kita mempunyai perasaan yang sombong, bangga diri dan tidak bersyukur..
masyaAllah...

kalau dulu aku terlalu ingin menyambung pelajaranku ke peringkat seterusnya....
tapi bile dah dapat adakah semangat ini seperti dahulu..??
aku perlu muhasabah diri..
perlu istiqamah dalam membuat kebaikan...
final exam menyusul...
di manakah kedudukan ku akan datang..???
itu lah penentuan yang akan ku terima....

Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI..
DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA..

Sunday, September 6, 2009

yang ku mahu

aku mahu sedikit tekanan untuk force aku to do something..
dan itu lah yg ku peroleh kini..
kerana itu yg terbaik untuk ku..
jika tidak aku susah untuk bangun dari takuk lame..

aku perlukan perubahan diri untuk kebaikan diri..
tiada siapa yg akan menyedarkan diri kita melainkan diri sendiri..

tekatkan semangat..
juangkan matlamat..

Sunday, August 16, 2009

kongsi crite

Cuba fikir2 kan sejenak...

"Sesungguhnya Allah menyintai orang yang berjuang pada jalan Nya (untuk membela agama) dalam satu barisan yang kukuh seolah-olah satu bangunan yang kukuh..."

(Surah As-Soff: Ayat 4)

apa yg nak diceritakan kat sini sebenarnye ade kesah yg agak mengusik jiwa..
kesah dari seorang sahabat di mane beliau hendak membuat 1 program yg berunsurkan islamik..
tetapi sebelum tu beliau terpakse berdebat dengan orang atasan..
rasenye tak perlu nak ceritekan in detail..
cukup la takat tu..
sedih jgak dengarnye..
klu buat konsert ke takde plak kene berdebat ke ape ke..
Alhamdulillah beliau dapat keteguhan hati..teruskan perjuanganmu..

Saturday, August 15, 2009

when streamyx is active

hikhikhikhik....
bile xde rase teringin tuk ade..
bile ade tibe2 rosak lak aritu..
mcm nak pecah kepale dah dibuatnye..
mood pun jadi tak betul sangat..

MySpace

bile dah ok laen plak jadinye..
asik nak dok depan pc je..
tah ape yg dibuatnye tah la..
tangan ni pun laju je nak tekan keyboard..
ape yg disibuk kan pun tak tau le..
huhuhuhu

MySpace

ape nak jadi ni cik masyitah oiii...
tau ke tak abeh cuti nak ade 3 test...
relax mcm xde ape nak buat je..
padahal byak bende nak kene buat tu..
ish ish ish..

MySpace

takpe2 jgn tensen2 sangat..
wat relax je..
wat mcm takde pape...
wahahhaha..

MySpace


Wednesday, August 12, 2009

rindu




Apabila jalan ke sane ke mari..
Kawan mudah dijumpai..

Tetapi sahabat sukar dicari..
Juga sukar ditukar ganti..

Tuesday, August 11, 2009

betul ke salah?

kita memang susah nak faham perasaan dan keadaan seseorang itu..
orang menceritakan masalah die pada kte..adakah kte betul2 memahaminye..??
orang meluahkan perasaan die pade kte..adakah kte betul2 memahami perasaan die atau sekadar menjawab iye untuk menenangkan perasaan die atau sekadar untuk mengambil ati..??

dalam termenung ku terfikir sejenak..
adakah aku seorang yg sempurna, menghampiri sempurna atau langsung menjauhi kesempurnaan..?????

apakah yg dikatekan sempurna??
apekah yg perlu kte lakukan untuk mghampiri kesempurnaan..??
sempurna yg bagaimane yg kte perlukan?

taKoooTTtttt...

lame gak tak update blog ni...
cam bese la ikut mood ye tak..
skrang ni perkare yg amat mbimbangkan pduduk di muke bumi ini adalah dengan masalah virus influenza A h1n1(selsema babi)...

sbelum ni pun ade gak penyakit yg bpunce dari babi gak..
JE(japanese encephalitis)..
tp itu yg dulu takde la teruk sangat cmni..

ade sorang lec kte mngelarkan virus tu virus global...
erk...??? menakutkan..
peratus kematian meningkat..
aduyaiiii.....
ok la nak cite ckit ni...

aritu pi la hospital sbb teman member..
kami ber5...
nak medical checkup,demam..langkah berjage2 tu..
riso tul die..sian gak tgok die time tu..kesian sbb die tak sihat..
klu tak die hapy je..
alkisahnye bermule di wad 1..
kami enter wad 1 sbb member nak kene checkup kat situ..
masuk2 je majoriti pakai mask..
seram sejuk gak kami tgok keadaan yg cmtu..sbb kami tak pakai..
kecuali member kami yg saket tu je la..
tpikir sejenak..nape la boleh tlupe nak pakai..??padahal mlm tu siap beli baru lg..
aduuuussshhhhh...!!!!!!
tp kami terus je duduk di tempat menunggu..tgu turn kwn kami tu masuk jmpe doc..
dlm mase mnnuggu tu..kami tgok sorang demi sorang pesakit yg masuk..
bertambah getaran di jiwa..(wahhhh gitu..)
membr kami yg saket tu riso keadaan kami..
jadi die suh la kte belikan mask tuk kami la..
sbelum tu ade sorang ni die pun nak beli gak..
dialog ...~~~~:

anonymous : nak beli mask
nurse : sape nak pakai..??awak?awak saket ke?batuk ke?
anonymous : tak
nurse : kalau tak saket tak payah..kalau batuk baru pakai..

ape la...nape la nurse tu cakap cmtu..??
die nak tgu orang tu dah kene jgkitan baru nak bg ke ape?
mcegah lebih baek dari mengubat..ape daaaa....
klu tak bagi beli pun at least cakap la lembut ckit..
ni kasar mcm cakap ngan musuh je..org berbudi kte berbahase..
ni senyum pun tidak..cmne tu..??uisshhhh dasyat...

ateee...teman buat ape lagi tgu..cabut la..
kang tak pase2 teman lak kene sound direct yg amat memalukn tu..
depan org ramai lak tu..peeeerrrrgghhhh...!!!!

Monday, July 6, 2009

Puase

entri yg bermaksud berpuase dari online internet..lawak pun ade..
waaaa...!!!!
lamenye tak online..
rindu kat kawan2...
kat U ni xleh nak wifi lagi sbb kene daftar lak..
tp takleh daftar skrang..
15hb ni baru leh..
aduyai.....

Monday, June 22, 2009

Sayup sayup..

Tibe2 harini dapat berita yang agak menyedihkan dan menyentuh hati..
Kte dapat berita dari seorang rakan guru bahawa Sahabat kte yg rapat mase kat skolah time kte jadi guru ganti kat SK Seri Manjung telah meninggal dunie pada petang smalam akibat satu kemalangan yg berlaku di Sg Rubana.Ketika itu Allahyarhamah bersame2 dengan suaminye. Mereka menaiki sebuah kereta.

Suami Allahyarhamah Maisarah mengalami koma dan sudah sedar. Beliau terus dihantar ke hospital ipoh. Walaubagaimanapun beliau masih dalam keadaan tidak stabil..

Sedar2 tu beliau terus tanye keadaan isteri beliau.. tp rakan2 cikgu memberitahu bahawe isteri beliau ok je n takde pape yg perlu dirisokan..padahal die taktau yg isterinye telah ke Rahmatullah..mereka buat sedemikian hanye kerana riso akan keadaan beliau menjadi bertambah teruk apabila dapat berita yang amat mengejutkan itu.

MasyaAllah bayangkan cmne perasaan beliau bile dapat tau perkare yg sebenarnye bile dah stabil nanti..??slalu kte tgok kat TV je cite cmni kan..tibe2 bile blaku kat depan mate rase mcm tiade ape yg mustahil jika Allah dah kate bende tu bleh terjadi..
Ajal dan maut di tangan Allah..dan tiade siape dapat mengubahnye..

Ketika hidup, Allahyarhamah adalah seorang ustazah yang amat disayangi oleh anak muridnye kerana sikap beliau yang lemah lembut dan tidak memarahi anak murid.. Allahyarhamah pernah memberitahu bahawe Allahyarhamah masih menunggu untuk menimang cahaye mate kerana sudah 1 tahun mereka mendirikan rumahtangge..Allahyarhamah seorang yang slalu melemparkan senyuman apabile bertentang mate dengan orang.semoge snyuman itu akan dibawe kepade kehidupan skrang sbg bekalan.
Sikap Allahyarhamah amat disenangi oleh semue orang..

Semoga ALlah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah ustazah maisarah...
AMIN..sedekah Al-Fatihah...

Saturday, June 20, 2009

Huk HUk HUk

minggu ni kurang tido..
mate sembab..
huh..

MySpace

tak rase nak tido..
dok depan pc je..
mcm2 dibuatnye..
sambil sengih2 sorang2..

MySpace

tgah syok2 layan youtube tibe2 ......tuuuupppsssss..(line intenet terputus..)
line bz n mungkin gak stemix yg pblem..dah mcm2 ikhtiar..
wat mase ni die masih mcm tu.sabo je la.waaaaa...!!tidaaaakk..

MySpace

jeles lak bile tgok kawan2 dengan rase bahagianye online tanpa gangguan.GGGGrrRRRrr..!!!
takpe2 mase ku akan tibe..ehehehe...
senyum sorang2..hik hik hik..

MySpace

Friday, June 19, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah SyuKur jawapan ku sudah terjawab...
impianku menjadi kenyataan..
walaupun penantian agak lame..
namun sesungguhnya Allah tahu setiap keperluan hambaNya...
Thanks ALLAH...


# Ucapan Tahniah kepadaku...!!!!!! cewahhhh...


Bunga Api Kemeriahan menyambut kegembiraan Ku

Wednesday, June 17, 2009

Otak

Otak kanan:

  • lebih kepada pelajaran dan menjaga badan bahagian kiri
  • fungsi :
  1. memikir tentang logik
  2. berturut-turut
  3. matematik
  4. bahasa
  5. sains
  6. analisa
  7. rational
  8. hitam putih
  9. mengingat lirik lagu
Otak kiri :
  • lebih kepada hiburan dan menjaga badan bahagian kanan
  • fungsi :
  1. abstrak
  2. rambang
  3. intuitif
  4. seni
  5. muzik
  6. imaginasi
  7. emosi
  8. warna-warni
  9. rentak lagu


"..meMikirkan masA dePan.."

Tuesday, June 16, 2009

Susah TAk?

a : susah tak?
b : susah jugak..

a : susah tak?
b : tak susah pun?senang je..

a : susah tak?
b : tahla tak tau la..

a : susah tak?
b : ade orang kate susah ade orang kate tak susah..

a : susah tak?
b : terpulang la pada usaha kamu.klu usaha lebih senang le jadinye.klu tak susah le jadinye..

a : susah tak?
b : alahhhh..kacang je..

a : susah tak?
b : susah gilerrrr...

a : susah tak?
b : boleh la..

a : susah tak?
b : susah sikit..

a : susah tak?
b : xde la susah sangat..

a : susah tak?
b : cube la buat dulu baru tau susah ke tak?

a : susah tak?
b : banyak tanye la kau.. pi la sane jangan kaco aku tgah tensen ni...!!!!!!!!!

a : susah tak?
b : (berdiam diri..)

hahahahaha...macam2 jawapan kan..???
pike2 kan la kte yg mane? dan kte nak orang jawab kat kte yang mane..??
kadang2 kte nak orang jawab yang baek2 ngan kte. tapi kte jawab kat orang laen seem rather indifferent..
memang ye kan..??alahhh...ngaku jela...takyah nak malu2..aiceh..

UBAHLA DIRI JIKA KTE INGINKAN PERUBAHAN DARI ORANG LAEN..

For Me

from Dr. Rubiah (motivator jemputan kat MHI) :

"..Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.."

jadi ape yang kte mintak tak semestinya dapat.. sbb mungkin bende yang kte mintak adalah bukan ape yang kte perlu.. maka Allah akan beri sesuatu yang lain mengikut keperluan kte.. mungkin sesuatu itu tidak terlintas dibenak fikiran kte.. terime la ape yang kte dapat seadanya.. bersyukur lah ape yang kte ade.. dan perlu diingat bahawe semuenye adalah yang terbaik untuk kte.. ucaplah ALHAMDULILLAH..tanda kte bersyukur kepade Allah SWT..


MeNanti seBuah JawaPan

SuBhanaLLah
dah lame tunggu result u ni...aduyai...
dapat ke tak ni ek..??
kate minggu ni kuar..
tp tak kuar lagi ni..
tunggu dan lihat je la..
dah berusaha maka tawakkal jela..
riso jugak..
my heartbeat....


Monday, June 15, 2009

AuRA

MOtivasi dari Dato' Dr Fadzillah kamsah mengenai aura ----------->>

AURA

maksud : daya tarikan @ kredibiliti seseorang
kewujudan : semulajadi sejak lahir (buktinya semue baby orang sayang)




mempunyai 3 lapisan :

  1. fizikal
  2. mental
  3. spiritual
Aura lelaki - konsisten sebab : lelaki tidak datang bulan (period) Aura perempuan - tidak konsisten sebab : perempuan datang bulan jadi tak solat, mood tak stabil

Sebab aura menjadi tipis @ hakis :
  • hati kotor
  • banyak amalan negatif
  • penampilan kurang anggun (berbau)
  • suka bersangka buruk
  • engkar perintah Allah, ibubapa
  • pemikiran yang kotor
  • sombong
  • dengki
  • dendam
  • masam muka
  • percakapan yang tidak baik
  • kurang berdoa
Cara membentuk aura :
  1. fizikal
  • senyum dengan ikhlas
  • sedekah wang ringgit, senyuman, tolong-menolong
  • sahsiah positif
  • bersalam-salaman
  • sampaikan benda yang baik pada orang
  • sihatkan badan
2. mental (spiritual)
  • bersangka baik
  • sabar
  • setia
  • sayang-menyayangi
  • buat perkara yang saling-menyaling
  • jangan tinggal solat
  • sentiasa amalkan sunnah
  • sentiasa mengingati mati
  • saling maaf dan memaafkan
  • banyakkan berdoa
  • buat baik dengan Istiqamah
# aura tidak kekal..jika rasa ia kepentingan untuk anda..maka kekalkan la ia mengikut cara2 yang tertentu..sememangnye ia penting tuk semua orang..


AURA

Thursday, June 11, 2009

Harapan

  • semoga dapat sambung belajar..(dah lame tunggu ni..dekat setahun. next week resultnye. )
  • dapat kawan yang setia waktu senang dan susah (Alhamdulillah tercapai hajat..pompuan ade laki pun ade)
  • nak jadi seorang yang boleh lawan kelemahan diri sendiri..
  • nak jadi orang kuat dari segi mental dan fizikal..
  • nak jadi orang yang tabah..
  • nak jadi seorang yang cepat menerima kenyataan..
  • nak wat taktau je bile ade masalah n terime sbg sesuatu yang menguatkan diri....(kene ingat bahawa setiap orang ade masalah, itu adalah ujian dari Allah. Allah bg ujian pd orang yang Die pilih..firman Allah : "..Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya..."...sejuk hati dengarnye kan..??kan..??)
  • nak senyum selalu.jadi orang yang sentiase ceria..
  • nak jadi orang yang rajin..suke menolong..
  • nak jadi orang yang suke didamping oleh kawan..
  • nak jadi friendly..(dah mmg pun..huhuhuhu..)
  • nak kurangkan gelak..(suke beno tergelak2..tp takde la terbahak2. cume cepat tersentuh bile orang wat lawak.----giggle..hikhikhik)
  • cube kurangkan marah yang tak tentu hala..(tak penah lagi..)
  • nak jadi pelajar cemerlang yang akan datang..
  • nak jadi cemerlang di dunia dan akhirat.
  • nak jadi pensyarah satu hari nanti..(impian akan jadi kenyataan..)
  • nak jadi budak baik.
  • nak jadi anak solehah.
  • disenangi oleh ramai orang.
  • seorang yang senang dapat keje..
  • seorang yang pemaaf..(sememangnye itu sy..hehehe..)
banyak lagi harapan sebenarnye..tp takpela takat ni dulu kot..laen kali sambung lagi.. (",)..

Kekuatan diri

  • Biar orang lempar taik kat kte tp kte balas dengan bunga..
  • Sentiasa la berbuat baik. Walaupun orang tak nampak kebaikan yang kte buat tp Allah nmpak dan menilai sejauh mane keikhlasan kte tu. Namun ikhlas adalah rahsia Allah. Buat la sesuatu dengan penuh keikhlasan. Niat la kerana Allah semoga Dia membantu kte dalam setiap langkah kte dan supaya mendapat redhaNya.
  • Sememangnya kte amat memerlukan seseorang apabila kte kemurungan atau kesedihan akibat dari sesuatu yang tidak diingini menimpa diri untuk memberi kekuatan dalaman yang hilang.
  • Kekalkan status diri sekiranya kte rase kte seorang yang baik. Yang baik kekalkan baik dan tambahkan kebaikan diri. Baik yang dimaksudkan ialah sikap yang Islam tuntut. Apa yang penting ialah Istiqamah dalam melakukan kebaikan itu.
  • Orang lain seboleh2nya hendak menjatuhkan kte apabila kte dalam meningkat naik. Jangan anggap bende itu boleh menjatuhkan kte. JAdi Bila kte jatuh cube bangun sendiri. Jangan kerana benda kecik kte rase kte dah lemah. Kte kene jadi budak yang kuat dari segi mental dan fizikal. Cube mengingatkan diri sendiri bahawa setiap yang berlaku ade hikmah disebaliknya. Allah adalah perancang yang terbaik. Ingat tu...!!!!
  • Bile orang menghina kte, kte jangan membalas dengan hinaan. Malah, balaslah dengan senyuman.
  • Bile orang memarahi kte, kte jangan membalas dengan kemarahan. Malah, balaslah dengan senyuman.
  • Mungkin dengan senyum itu lah kte punye senjata membuatkan orang kalah.
  • Api dipadamkan dengan air......
SENYUM SELALU... (",)

Sabda Rasulullah SAW

Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud:”Wahai sekalian sahabat-sahabatku!Barangsiapa yang menunaikan solat lima waktu,nescaya dia akan memperolehi lima perkara iaitu:

PERTAMA: Dia tidak akan mengalami kefakiran semasa hidup atas dunia ini.
KEDUA : Dia tidak akan mendapat siksa kubur selepas kematiannya kerana diangkat oleh Allah.
KETIGA : Pada hari akhirat dia akan menerima kitab amalannya pada tangan kanan (pihak yg selamat).
KEEMPAT: Dia akan melalui titian Siratal Mustaqim seperti kilat yang menyambar (pantas).
KELIMA: Dia akan dimasukkan kedalam syurga oleh Allah dengan tanpa dihisab dan tanpa disiksa

Wednesday, June 10, 2009

BoWLing

Mase sem 2 kat PUO kte dapat masuk kelab bowling..
Dalam kelab tu kte memegang jawatan sebagai vice precident..
Depe mmg spoting sangat sbb pilih kte pgang jawatan tu..
Agaknye depe nmpak kte ni seorang yang byak cakap kot..huhuhu..segan..
Rindu plak kat depe..

Setiap minggu kami akan pergi ke tempat bowling tuk menunjukkan kehandalan masing2...
ewahhh...(handal ke..???hukhukhuk)
Mule2 pergi ke kaunter tuk pilih lane and pilih group skali..
Pastu baru leh pilih kasut mengikut saiz masing2..
Kemudian terus pi kat lane masing2..

Lepas dah siap setting semue, kami pun start bermain mengikut turn.
Cite nye cmni...
Lepas turn kawan2..turn kte plak..
Tak ingat lak turn yg ke bape kte maen..kte pun maen cm bese..
Start la menunjukkan skill yg tak bape nak hebat tu..
Tah mcm mane tibe2 bola bowling yang dilempar tu terpelanting ke belakang..
wahahahahaha...
Hanya Allah yang tahu mcm mane perasaan malu kte mase tu..
semue kawan2 pandang..kte sengih sambil gelak guling2...huhuhu..depe pun gelak same..
aduyaiiiii....



Kekeliruan

Kurang puas hati ngan sorang motivator mengenai huraian beliau tentang ibu tunggal dan ibu tinggal.. beliau adalah seorang ahli panel dalam my favourite tv show HALAQAH (tp kte tgok ikut kesempatan n depend on tajuk yang dibincangkan..huhuhu..kalau best layannn...)

A piece of her speech :

"..zaman skarang ni tak macam zaman dulu..
kalau zaman dulu. bile sebut je ibu tunggal ni rase malu sangat...jage sangat2..kadang2 sampe mak ayah pun taktau.punye la malu nye dan nak jage maruah sbb dengan status ibu tunggal..
tp zaman skrang ni status ibu tunggal tu dihebah2kan..dah tak rase malu dah.. bukan ibu tunggal lagi dah ibu tinggal pulak skrang ni..(sambil sengih2 seolah2 menyindir)"

# lebih kurang cmtu la ayat nye..cmni la..nak bgtau ckit..ibu tunggal ni kan ade due kategori iaitu isteri yang telah kematian suami dan isteri yang telah diceraikan suami..bg pendapat kte, kte tak penah plak tgok golongan ni menghebah2kan mengenai status ibu tunggal die tu. Malah mereka ditemuramah oleh sesetengah pihak untuk mendapatkan kesah hidup mereka yang mungkin boleh dijadikan pengajaran bagi golongan yang lain. Secara tidak langsung mereka dapat kekuatan atau motivasi dari orang luar yang tahu mengenai kesah hidup mereka. Kekuatan itu adalah sesuatu perkara yang amat diperlukan oleh mereka kerana mereka telah menghadapi saat pahitnya perpisahan yang mungkin bukan dipinta.

Persoalan dibenak fikiran ku :

  • dari ape yang dihuraikan oleh motivator tu ape maksud die sebenarnye...??
  • kat mane die tengok golongan tu menghebahkan untuk kebanggaan tentang status tu..??
  • huraian die tak jelas ke..??(sebelum ni pun die penah gak bagi jawapan yang agak mengelirukan seperti ini mengenai persoalan lain yang diberi oleh seseorang yang keliru tentang sesuatu perkara..)

MooD

Kte kalau nak buat ape pun kene ikut mood..
kalau mood tak baek smue benda yang dibuat tak menjadi..
ape yang orang suruh buat pun kte tak buat..
mane tak nye asik buat keje tak menjadi je..
same ngan tak buat ape kan..?? ye tak.?
mesti la jawapannye ye..tak kan tak kotttt...hukhukhuk

kalau mood baek nak buat ape pun menjadi je..
ape yang orang tak suruh pun nak buat..(penyibuk ke..??hohoho)
ate nye mood tgah baek kan..
tgah happy, muke ceria, toksin dalam badan pun kurang, enzim yang baek je keluar dr badan, mekanisma yang keluar dapat merawat diri..
orang yang ceria kurang diserang penyakit..

sebenarnye tgah cakap pase diri sendiri..
tgah takde mood ni..
tgok la..
tah ape yang dituleh ni tah le...
kalau faham bagus..kalau tak faham pun bagus...
ye la takkan nak cakap kat orang tak bagus lak..
diri kte pun belom cukup bagus tuk kate orang tak bagus ye tak..
wahahahahhahahaha(gelak tibe2..tahape2 je kan..)

Sunday, June 7, 2009

BesT WOooOo..

Cmni citenye...
Ade satu hari tu..kte, Kay, Fai, Nana, Yong n ade la lagi kawan2 laki ngan pmpuan yg laen..
Kami berkumpul sbb mase tu ade pjumpaan ngan penyelaras projek group kami iaitu En ZainolFitri..
Tapi time tu kami mmg agak frust la sbb pensyarah yg kami tunggu2 tu tak datang plak..
ade pensyarah laen cakap die amik cuti..tak ingat plak sbb ape..pastu kami diberitahu kami akan digantikan ngan pensyarah laen..tunggu punye tunggu rupenye pensyarah tu tak tau yg die yg kene take over pensyarah kami tu.. hek eleh..patut la waktu kami semue pndang die, die wat slumber je...rupe2nye die taktau ape yg kami nak..kami pun ape lagi gelak sampe guling2..wahahahaha..

Pastu kawan kte sorang ni, yong, die memulekan prangai die..
die ajak kami kawan2 nyanyi beramai2 kat situ..
die ajak kami bernasyid..die suh kte join same..die nak dengar suare kte kot..huhuhu..
tp kte agak berdegil..cewahh..malu sebenarnye..yela mane ke idaknye kawan2 laki pun ade maleh le nak kuar kan suare kte yg merdu ni..(wahahhaha..perasaan).
jadi tuk tidak mengecewakn ati kawan kte tu, kte sekadr membuat beat rentak nasyid yg depe nyanyi tu..
ramai2 nyanyi bersame2..boleh dikatekan agak riuh la kat situ..
di sini kte nak memperkenalkn kami yg riuh tadi..Kte, Yong, Nana, Farah..
nyanyi punye nyanyi sampe terlupe tempat kami berkumpul tu bersebelahan ngan bilik pensyarah..
tengah kusyuk melayan lagu tu tibe2 kami terdiam serentak sbb terkejut. kami ternmpak kelibat seseorang di kelompok kami yg ramai ni..
rupe2nye Pn. Atikah iaitu salah sorang pensyarah yg duduk kat bilik yg dekat ngan tempat kami berkumpul tu..
tibe2 Pn. Atikah tu tunjuk Yong, Nana, Kay, Fai, Kte, Farah..kire 6 orang la semuenye..
pastu die suruh kami ber6 masuk bilik pensyarah. tapi pelik..sbb ade 5 orang je..farah dapat melarikan diri..yang kesiannye fai n kay..depe tak bersalah pun kene jgak..wahahaha..kesian depe 2 orang..kami pun ape lagi berdegup jantung ni tak terkate..kami saling pandang berpndangan antare satu same laen..dan tersengih2

masuk je dalam bilik tu kami berdiri kaku..
pastu Puan sambil tersengih2 tu memulekan dialog antare kami..

Puan : kamu semue buat ape bkumpul ramai2 kat situ?

Yong & Nana (berebut2 cakap) : kami ade pjumpaan ngan penyelaras prjek. Tapi die tak datang.(gelak2)

Puan : abeh tu nape kamu nyanyi2 tu..? tau tak sampe bilik ni dengar.kami semue dengar..ape yg kamu sembang semue kami tau..kami tgah buat keje trganggu..

Kami tergelak sambil menjawab ape yg ditnye. : sebenarnye kami taktau yg sampe bilik ni dengar..kami ingat kami2 je..(sambil mengekek2 gelak..)

Encik Displin : sebenarnye dalam undang2 poli kamu dikire bersalah dan boleh di saman atas kesalahan mganggu ketenteraman awam sebyak RM50.(sambil membuke buku undang2..)

Kte : Alamak...!!! dasyat tul..(monolog)

Kte : sori la encik..sebenarnye kami taktau tadi..kami ingat takde bising sangat..(tgah nerves tu tapi kuatkn diri tuk bersuare.buat2 senyum..)

Encik Disiplin : kamu praktis nasyid ke.?? minggu depan ade pertandingan nasyid dan tilawah kan kat INTIM..??

Kami : (gelak same2..Wahahahha..)
Yong : haah encik..kami tgah praktis tadi. tp mmg kami taktau la sampe dengo kat bilik ni..(kami sambung gelak lagi..kahkahkah)..

Nana : name group kami Solehah..nanti nak perform kat pertandingan tu..(gelak terburai2..hukhukhuk)

Encik Disiplin : (taktau nak menjawab dah..sengih je die.hehehe)

Kte : (terdetik.."gasak la puan ngan encik kene ngan yong & nana yg dah sememangnye suke mjawab.." kte tersengih2 sbb lawak gile la depe ni..wahahahha)

Puan : ni mane matrik kad.?(tnye kat Yong & Nana)..ni kene saman gak ni sebyak RM50 gak.
tgok tu pkai sandal. (kami semue sorok2 sandal masing2..gelak tak henti2 lagi tu..) dlm buku undang2 suh pakai kasut..kene RM50 gak ni tau tak..?? awak tak bace ke..

Kami : (sengih je..ehehehehe..)

Puan : kire RM150 semuenye denda kamu ni..ade ke duit skrang..(puan pun sengih mcm marah tak marah je..manenye kami tak gelak lagi..hakhakhak)

Kami : (masih tersengih2 sambil menjawab..)..Maafla puan, encik...kami mintak maaf...laen kali kami tak buat lagi..ni kali pertame kami buat..bg la peluang.selalunye tindakan diambil lepas kali ke3 dibuat kan, encik ..??kire ni amaran pertame la..(menjawab lagi tu..mintak maaf mcm sekadar nak lepas dari kene saman je..masih gelak2 lagi tu..kahkahkah..)

Puan : (tersenyum..taktau la ape yg dipikirnye..)

Encik Disiplin: laen kali jgan buat lagi..klau buat lagi kami taknak lepas dah..byak kesalahan kamu ni..

Kami : ok encik kami janji...(tak serius langsung kami ni..dah kene marah pun gelak2 lagi tak abeh..)

dari mule sembang sampe abeh fai n kay diam je..tp depe senyum n gelak cume tak nyampuk la..yela..depe tak salah pape..kesian tau...

* dialog tu sebenarnye pjang klu nak tuleh 1 page tak abeh2 kot...huhuhu..cukup la takat ni ye tak..

keluar je dari bilik tu kami sambung gelak..kahkahkahkah...
sembang2 lagi pase tu..sbb mg lawak tul..
kawan2 laen pun tnye ape yg terjadi tadi tu..??
kami pun cite la blek kat depe.depe pun tergelak2 jgak dengar cite kami..

P/S : kalau takde yong & nana rasenye itu ade la kenangan pahit..tp disbbkn ade depe kenangan ini mjadi indah belaka..sem 6 plak tu kami buat perangai cmtu..
wahahahahahahhaha...lawak sungguh..

Skipping

I just want to share about this from my searching....


Benefits of rope jumping to lose weight...

  • simple to learn

  • low cost to buy rope

  • increases fitness

  • improved strength and endurance

  • strengthens bones

  • improves coordination and agility

  • can be fun with friends

Negative side to skipping when losing weight....

  • injury potential for overweight people

  • not a great overall fat burner

  • may become boring after a few workouts






Saturday, June 6, 2009

Entah la..

Tak idea plak nak kongsi cite ape yang best tuk arini..
ari laen mungkin ade kot..
tiade kepastian yang dapat dirungkaikan..
ewahhh...

Tuesday, June 2, 2009

JASMANI & ROHANI

Kelaparan dari sudut JASMANI :

  • isi dengan makanan yg halal
  • minum minuman yang halal
Kelaparan dari sudut ROHANI :
  • isi dengan menghadiri majlis ilmu
  • mendengar ceramah agama
Luka dari sudut JASMANI :
  • jelas kelihatan di atas permukaan kulit
Luka dari sudut ROHANI :
  • tidak kelihatan namun boleh dipamerkan melalui perbuatan atau kata-kata
Kesihatan dari sudut JASMANI :
  • jarang penyakit datang serang
  • badan terasa cergas melakukan aktiviti harian
Kesihatan dari sudut ROHANI :
  • muka kelihatan ceria
  • sentiasa tersenyum
  • disenangi ramai
Jenis penyakit JASMANI :
  • demam
  • selsema
  • batuk
  • pening
  • barah
Jenis penyakit ROHANI :
  • dengki
  • riak
  • takabbur
  • sombong
  • bersangka buruk
Rawat penyakit dari sudut JASMANI :
  • makan ubat
  • bersenam
  • buat rawatan
Rawat penyakit dari sudut ROHANI :
  • baca Al-Quran
  • berzikir
  • banyak beristighfar
Kotor dari sudut JASMANI :
  • bersihkan dengan mandi dan membuang najis yang melekat pada tubuh
Kotor dari sudut ROHANI :
  • bersihkan dengan memohon taubat pada Allah @ bersihkan hati
Punca kotor dari sudut JASMANI :
  • melakukan aktiviti sehingga badan menjadi busuk atau comot
Punca kotor dari sudut ROHANI :
  • melakukan sesuatu perkara yang Allah larang
Ramai dari kalangan kita yang lebih memandang kepada JASMANI dari ROHANI....
Ini kerana JASMANI kita boleh nampak dengan mata kasar manakala ROHANI kita perlu pandang melalui mata hati....

Adakah sukar bagi kita untuk menilai kekurangan diri kita dari sudut ROHANI..???? supaya kita dapat pulihkan kekurangan itu..???
Bersihkan hati..InsyaAllah kita akan jumpa penawar bagi segala2nya.....

Friday, May 29, 2009

Sesuke Hati Sesedap Rase

Tabiat ialah sesuatu perkare yg kite buat selalu atau kerap tanpa paksaan atau desakan dari sesiapa. Tabiat mungkin dalam bentuk perkataan, perbuatan dan fikiran
Jangan la tanye mane dapat fakta tu.. Sebenarnye bedal je..Sesuke hati je mengikut logik dan pandangan sendiri...huhuhu.. Tapi betul kan???

Sebenarnye aku ade tabiat yang aku pun taktau mane datang nye..tibe2 je meresap dalam jiwe..
Aku suke sangat sebut perkataan 'Jenuh...'..

Situasi :
1)
A : Tolong carikan buku aku jap..
B : Adoiii...jenuh. Buku ape yg hilang?? (tgah rehat kene buat bende laen lak.)

2)
A : Ok..Saya nak assignment ni kamu buat by personal not by group.
B : Adoiii...jenuh. Dah le banyak lagi yang tak buat. (mane taknye buat keje last minute..itu le padahnye..)

3)
A : Projek sem ni bertajuk Human Assistance Tools.
B : Adoiii...jenuh. Nak buat ape ni..?? I have no idea la.. (kate nak jadi lec..takkan itu pun takleh pike..sian aku..jgn maen2 bjaye dapat Dip dah ni..Ijazah menyusur..huhuhu)

4)
A : Ita...Tolong adik tu kejap.
B : Adoiii...jenuh. Adik ni buat le sendiri..(ayat guro je..tolong jgak even dah cakap cmtu..Nakal sungguh.hu3..)

5)
A : Assignment kte banyak jugak ek yg nak kene siapkan dlm minggu ni..
B : Adoiii...jenuh. Mane satu nak buat dulu ni.. (kalau dah byak bende nak buat mmg ini la jadinye..sampe taktau mane satu nak buat dulu.)

6)
A : Makanan dah habis. Tak beli lagi ni..
B : Adoiii...jenuh. Nak makan ape ni.. Perut dah nyanyi lagu rock kapak..(dok umah sewe dan takde personal transport..jalan kaki la mcari makanan.)

7)
A : Erkk...hujan la..cmne nak pi clas ni??
B : Adoiii...jenuh. Nak pakai payung pun leh basah ni.. Lebat tuuuu... (wlaupun hujan kene gak pi clas. no excuses and be punctual."I will straight away deduct your mark.."..ayat Madam Ng..ridu kat die woooo..)

8)
A : Kucing buat hal lagi ni kat depan umah kte..
B : Adoiii...jenuh. Dah lambat nak pi tuition ni.. (slalu terjadi pd hari ahad.clas tuition menanti.)

9)
A : Esok ade clas ganti tau.. Tolong Inform kat classmate laen.
B : Adoiii...jenuh. Esok dah clas full. Tak makan lagi la jawabnye..(asik pike makan je.mane la badan tak kebabooommm..hohoho..)

10)
A : Jalan Lumut tutup la..
B : Adoiii...jenuh. Nak jalan ke mane lagi ni..mane ade tempat best kat sini lagi..itu je tempatnye.. (Lumut is my favourite place to chill out and release tension..huhuhu..tapi ade aritu die tutup sbb nak buat Majlis Pengisytiharaan Lumut as a Navy Town..macam2 depe ni kan.)

11)
A : Kamu diarahka
n supaye mgantikan guru ni. Jadi kamu kene ambil alih semue keje die. Kamu kene mgajar Math, PJ, Muzik dan Seni.
B : Adoiii...jenuh. (aritu PPD kate kene ajo math je. tak ke tercengang dibuatnye..???)

12)

A : As a class teacher, kamu kene settle kan SMM(Sistem Maklumat Murid) ni. Kemudian BMM lak. Pastu buku rekod kesihatan kene semak samade lengkap tak ape yg patut dilengkapkan. Hari Jumaat ni saye nak bende ni settle.
B : Oooo...yeke? Adoiii...jenuh. (tak bgtau awal2.. dah le tak de experience. kelam kabut dibuatnye. dah mmg aku ni kelam kabut nak buat cmne..huhuhu.)

13)
A : Maklumat S
MM clas kamu ni ade pblem la.. Mungkin salah setting. Sbb saye cek tadi kamu punye file ade kB je.. Org laen semue MB..kamu kene buat blek la..
B : Adoiii...jenuh.apsal lak? saye rase saye punye setting dah betul dah. mmg same ngan depe..setting tu pun org yg same yg set kan.bukan saye.(dah le bgtau lmbat. tp aku bjaye siapkan pling awal. aleh2 salah setting katenye..aku pun amik disket baru. sbb riso disket yg tu yg rosak. dan mulek
an operasi itu dengan senyap tanpa berkate pape..)

Itu la kesahnye.................................
Tahla aku pun taktau ape yg best sangat ngan perkataan tu..

Pade mulenye jarang2 cakap cmtu..
Lame2 menjadi habit..
So sekarang aku in process to buang habit tu..
Perkataan tu macam mengeluh plak ye tak??
Bukan macam..Memang ye pun...wahahahhaha...



"MEMBACA BUKU ADALAH TABIAT YANG BAIK"

Thursday, May 28, 2009

Tahape2 tah



Aku bukan nak buruk kan die.
Tapi memang aku nampak die naik motor dengan pompuan tadi..
Fuhhh...!!! Peluk kuat dekat melekat tak ingat...mak aihh...


Tadi kate taknak burukkan. Abeh tu itu ape?? Memuji ke?

Aku bukan nak mengumpat la kan.
Tapi aku rase perangai die buruk beno tgoknye.
Aku rase kalau ko tgok confirm ko taknak kawan ngan die dah. Tak sangke aku..

Kalau tak mengumpat, ape plak yang dicakapkan tu? Mengate? Same la tu.. Kalau buat ketupat sedap la jugak leh makan kenyang perut. Kalau mengumpat kenyang kan dose je. Kalau cite tipu tak ke jatuh fitnah plak. Lagi beso dose nye tu..

Aku bukan nak cakap beso.
Tapi aku bangge gile la dapat beat die..
Aku rase mesti die frustrated ngan kekalahan die tu..
Perghhhh....!!!!!!!!!!!! Syoknye..

Memang tak cakap beso..Kecik pun die tak cakap..Tapi pcakapannye seperti seorang yang bangge, riak dan takabbur.. Same erti la tu cik abg oii...

Aku bukan nak merendah2kan die.
Tapi ape yang aku tengok die tu taklah cantik sangat.
Macamane ramai laki suke kat die ek? Ni mesti gune ilmu gune2 ni..confirm la..

Sememangnye hidupan di dunie ni semakin tinggi. Takde sape yang semakin rendah aihhh. Dah memang kamu tak dpt nak rendah kan dari segi fizikal tapi dari segi mental. Ada faham kaa..??

Aku bukan nak bandingkan minah ngan ila tu.
Tapi minah tu mulut becok pastu suke cakap bukan2..
Tak macam ila tu. Baek le jgak. Baek kamu pilih die je jadi kawan kamu..

Macamane le pulak tu??Tak banding?Bagi kamu membandingkan tu macamane? Cakap macam tak pegi skolah je.. Dalam exam BM dapat bape??

Aku bukan nak ngajo bende tak baik.
Tapi aku tengok kamu ni sedih je dengan perangai bini kamu tu.. Dah tak larat aku nak tengok.
Jom la kite pergi jumpe bomoh. Mane le tau kot2 die dapat tundukkan bini kamu tu sikit.

Oooo...Baik beno ajaran kamu tu ye. Sesungguhnye kite sbg makhluk Allah sewajibnye meminta tolong hanye pada Allah. Bukan dari unsur lain seperti jin atau syaitan. Boleh jatuh Syirik. Dose beso tu.. Astaghfirullahal'azim.....Sekirenye perubatan yang diamalkan menggunekan bacaan ayat Al-Quran adalah diharuskan.

Aku bukan nak menunjuk2..
Tapi aku cume nak pakai bagi budak tu tengok je..
Baru puas hati aku ni..

Kalau tak tunjuk macamane orang tu nak nampak cik kak oiii...mesti la kene tunjuk.. Melainkan orang tu ade mate yg leh tembus dan boleh tengok bende2 yang tersorok ni.. Uishhh bahaye tuuu....

Aku bukan nak berlagak la kan.
Tapi mengikut saham yang aku ade la kan..
Ramai la pompuan yang suke kat aku..Aku bukan la nak ngan depe sangat..
Kalau cantik takpela.. Layan la jugak.. Ni tak.. Macam hampeh je..

Perrggghhhh...!!!! hensem bebenor la tu ye.. Pompuan tu semue pandang pelik je kat kamu.. Bukan pandang suke..perasan sendiri je..Kan dah malu beso. Aduhhh... segannye..

Aku bukan nak mengungkit.
Tapi sepanjang aku berkawan ngan ko..
Asik aku je yang belanje.. Ko tak penah pun..

Lorrrr.... Kamu belanje tu sebab nak dibalas ke? Ingatkan ikhlas. Kesiannye..kawan die pun satu.. Beringat la jugak.. Takkan nak makan free je sentiase..


Aduuhhh...
macamane tu? cakap laen buat laen..pikir la sendiri ye tak..

Tuesday, May 26, 2009

Suka tak kalau... Tapi..




Suka tak kalau kite kene marah?
Tapi kenape kite suke marah orang?


Suka tak kalau orang benci kat kite?
Tapi kenape kite benci kat orang?


Suka tak kalau orang memaki hamun kite?
Tapi kenape kite memaki hamun orang?


Suka tak kalau orang berbaik dengan kite?
Tapi kenape kite tak berbaik dengan orang?


Suka tak kalau orang menghina kite?
Tapi kenape kite menghina orang?


Suka tak kalau orang berkawan dengan kite?
Tapi kenape kite tak mau berkawan dengan orang?


Suka tak kalau orang berkasar dengan kite?
Tapi kenape kite berkasar dengan orang?


Suka tak kalau orang berdendam dengan kite?
Tapi kenape kite berdendam dengan orang?


Suka tak kalau bile kite buat salah orang maafkan kite?
Tapi kenape bile orang buat salah kite taknak maafkan?


Suka tak kalau orang mengumpat tentang kite?
Tapi kenape kite mengumpat tentang orang?


Suka tak kalau bile kite jatuh ada orang yang memberi semangat kat kite?
Tapi kenape bile orang jatuh kite takpenah pun memberi semangat kat orang?


Suka tak kalau kite berdamping dengan kawan yang setia?
Tapi kenape kite tak jadi seorang kawan yang setia?


Suka tak kalau orang bersangka baik dengan kite?
Tapi kenape kite sering bersangka buruk dengan orang?


Suka tak kalau orang terima baik dan buruk kite?
Tapi kenape kite tak boleh nak terima baik dan buruk orang?


Suka tak kalau orang berdengki dengan kite?
Tapi kenape kite berdengki dengan orang?



Kite selalu inginkan seseorang yang sempurna untuk diri kite...

Tapi kite pernah tak terfikir yang kite ni dah cukup sempurna ke untuk terima orang yang sempurna?

Persoalan demi persoalan....

Namun, masih mencari jawapan..

Fikir2kanlah.
Dimana kah kite sebenarnye?

Kenapa Kenapa dan Kenapa asyik tanye kenape??

Sememangnya sy seorang yang suke bertanye..itu lah antara sikap sy...huhuhuhu..
Alhamdulillah sy masih ade kawan yang mendampingi sy ketike susah dan senang..
Lelaki ade perempuan pun ade..
Walaupun sy ni seorang yang banyak tanye..
Tahan jela ye..hikhikhik..
Terima kasih kawan2 ku...sy amat menghargai anda semue..

Saturday, May 23, 2009

Tak Tipu





Setiap ora
ng ada kekurangan dan kelebihan masing2..
Sesetengah orang sangat mudah menonjolkan sifat kekurangannya itu di hadapan orang..
Atau lebih tepat lagi berterus-terang tak selindung langsung..
Contohnya gelabah, pendesak, pemarah, cemburu, emotional dan sebagainya..
Ada juga golongan yang suka menonjolkan atau mempamerkan sifat positifnya seperti penyayang, baik hati, peramah, bertanggungjawab, suka menolong orang dan sebagainya..

Cuba kita sama2 fikirkan yang mana satukah sikap atau sifat yang harus kita tonjolkan kepada orang???
Bagi saya............

Sifat atau sikap kita akan terserlah sendiri atau terpamer dengan sendirinya tanpa kita sedar.
Mungkin pada mulanya kita hanya berpura-pura dihadapan orang dengan sikap baik dengan tujuan untuk menarik perhatian. Finally, sikap kita yang disimpan atau dipendam itu akan terkeluar juga.

Memanglah benar seperti apa yang dikatakan bahawa kita tidak perlu menunjuk2. Tetapi kita tidak seharusnya mempamerkan kelemahan kita kepada orang lain atas sebab2 tertentu. Antara penyebabnya ialah untuk menjaga maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana, apabila orang lain tahu mengenai kelemahan kita itu, kemungkinan kita akan senang ditindas, diburuk2kan, diperlekehkan, direndahkan martabat, diejek, dihina dan sebagainya.

Sifat kebaikan kita pula perlu diserlahkan tetapi bukan tujuan untuk menunjuk2. Sikap menunjuk2 ini akan menimbulkan perasaan bangga, riak dan takabbur. Bukankan itu sifat yang negatif? Jadi, kita hanya perlu mempamerkan sifat baik supaya lebih dihormati lebih2 lagi kita yang beragama Islam dan bukan untuk menimbulkan sikap negatif. Contohnya menolong orang susah, hormat-menghormati, berkerjasama dan sebagainya. Buatlah sedemikian dan berniat kerana Allah supaya Allah buka pintu hati kita supaya sentiasa berada di jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai dan diberkati olehNya. Sememangnya itulah permintaan kita didalam solat sewaktu membaca surah Al-Fatihah.


Masalah yang saya nak kongsi ialah, these days kebanyakan orang hanya pandai menilai keburukan orang dan terlalu sukar untuk menilai kebaikan orang. Menilai dengan mata kasar dan tanpa menggunakan mata hati. Pandangan dengan mata kasar ialah apa yang kita nampak pada pertama kali atau first impression. Manakala, pandangan mata hati pula ialah kita menilai seseorang itu setelah kita mengenalnya lebih dekat dan rapat. Tetapi bukanlah bermaksud kita terus boleh menilai keburukan dia, malah kita perlu menilai kebaikan pada diri seseorang itu dulu melainkan sifat buruknya itu tidak diselindung lagi contohnya dia menayang2 dan mempertontonkannya kepada khalayak tanpa rasa segan dan silu.

Menilai keburukan seseorang perlulah ada tujuan dan sebab yang munasabah. Contohnya, kita ambil sebagai pengajaran dari apa yang kita lihat supaya kita tidak terjebak kepada keburukan yang dilakukan atau kita jadikan kelemahannya sebagai penguat diri kita untuk berubah supaya menjadi seorang yang lebih positif.

Apabila kita nampak kekurangan seseorang itu, perlulah kita fikirkan mengenai keburukan kita pula. Mungkin bila kita bertanya kepada diri sendiri, kita tidak nampak dan keliru. Walaubagaimanapun kita perlu juga menilai keburukan kita supaya tidak terus jatuh kearah yang lebih teruk. Kemungkinan juga salah satu cara ialah dengan bertanya pada rakan-rakan yang rapat dengan kita.

Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah menilailah seseorang itu dengan menilai kebaikannya supaya terserlah kebaikan dalam diri kita. Janganlah kita menilai hanya kepada keburukan seseorang kerana lebih banyak kita menilai keburukan orang lebih banyaklah keburukan yang ada dalam diri kita.

"Tepuk Dada Tanya Iman"