Pages




Saturday, May 23, 2009

Tak Tipu





Setiap ora
ng ada kekurangan dan kelebihan masing2..
Sesetengah orang sangat mudah menonjolkan sifat kekurangannya itu di hadapan orang..
Atau lebih tepat lagi berterus-terang tak selindung langsung..
Contohnya gelabah, pendesak, pemarah, cemburu, emotional dan sebagainya..
Ada juga golongan yang suka menonjolkan atau mempamerkan sifat positifnya seperti penyayang, baik hati, peramah, bertanggungjawab, suka menolong orang dan sebagainya..

Cuba kita sama2 fikirkan yang mana satukah sikap atau sifat yang harus kita tonjolkan kepada orang???
Bagi saya............

Sifat atau sikap kita akan terserlah sendiri atau terpamer dengan sendirinya tanpa kita sedar.
Mungkin pada mulanya kita hanya berpura-pura dihadapan orang dengan sikap baik dengan tujuan untuk menarik perhatian. Finally, sikap kita yang disimpan atau dipendam itu akan terkeluar juga.

Memanglah benar seperti apa yang dikatakan bahawa kita tidak perlu menunjuk2. Tetapi kita tidak seharusnya mempamerkan kelemahan kita kepada orang lain atas sebab2 tertentu. Antara penyebabnya ialah untuk menjaga maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana, apabila orang lain tahu mengenai kelemahan kita itu, kemungkinan kita akan senang ditindas, diburuk2kan, diperlekehkan, direndahkan martabat, diejek, dihina dan sebagainya.

Sifat kebaikan kita pula perlu diserlahkan tetapi bukan tujuan untuk menunjuk2. Sikap menunjuk2 ini akan menimbulkan perasaan bangga, riak dan takabbur. Bukankan itu sifat yang negatif? Jadi, kita hanya perlu mempamerkan sifat baik supaya lebih dihormati lebih2 lagi kita yang beragama Islam dan bukan untuk menimbulkan sikap negatif. Contohnya menolong orang susah, hormat-menghormati, berkerjasama dan sebagainya. Buatlah sedemikian dan berniat kerana Allah supaya Allah buka pintu hati kita supaya sentiasa berada di jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai dan diberkati olehNya. Sememangnya itulah permintaan kita didalam solat sewaktu membaca surah Al-Fatihah.


Masalah yang saya nak kongsi ialah, these days kebanyakan orang hanya pandai menilai keburukan orang dan terlalu sukar untuk menilai kebaikan orang. Menilai dengan mata kasar dan tanpa menggunakan mata hati. Pandangan dengan mata kasar ialah apa yang kita nampak pada pertama kali atau first impression. Manakala, pandangan mata hati pula ialah kita menilai seseorang itu setelah kita mengenalnya lebih dekat dan rapat. Tetapi bukanlah bermaksud kita terus boleh menilai keburukan dia, malah kita perlu menilai kebaikan pada diri seseorang itu dulu melainkan sifat buruknya itu tidak diselindung lagi contohnya dia menayang2 dan mempertontonkannya kepada khalayak tanpa rasa segan dan silu.

Menilai keburukan seseorang perlulah ada tujuan dan sebab yang munasabah. Contohnya, kita ambil sebagai pengajaran dari apa yang kita lihat supaya kita tidak terjebak kepada keburukan yang dilakukan atau kita jadikan kelemahannya sebagai penguat diri kita untuk berubah supaya menjadi seorang yang lebih positif.

Apabila kita nampak kekurangan seseorang itu, perlulah kita fikirkan mengenai keburukan kita pula. Mungkin bila kita bertanya kepada diri sendiri, kita tidak nampak dan keliru. Walaubagaimanapun kita perlu juga menilai keburukan kita supaya tidak terus jatuh kearah yang lebih teruk. Kemungkinan juga salah satu cara ialah dengan bertanya pada rakan-rakan yang rapat dengan kita.

Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah menilailah seseorang itu dengan menilai kebaikannya supaya terserlah kebaikan dalam diri kita. Janganlah kita menilai hanya kepada keburukan seseorang kerana lebih banyak kita menilai keburukan orang lebih banyaklah keburukan yang ada dalam diri kita.

"Tepuk Dada Tanya Iman"





0 comments: