Pages




Wednesday, May 13, 2009

HIKMAH SUJUD



Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.



~~comeynye budak ni~~

Wednesday, May 6, 2009

Mataku bukan sekadar melihat

Cuba kita duduk di satu sudut yang terdapat ramai orang. Kita akan nampak bermacam2 perangai orang dan pi’il masing2. Masing2 ingin menunjukkan perangai masing2.

Ada yg ceria, ada yg bermuram durja, ada yg tersenyum, ada yg tergelak2, ada yang menangis, ada yg berduka dan bermacam2 lagi. Mungkin apa yang ditonjolkn mereka itu adalah dengan sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja. Sememangnya kemungkinan ini banyak boleh dirungkaikan dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Kesimpulanya mereka bersikap seperti diri mereka sendiri.



Bercakap mengenai perangai orang ini, kita tahu bahawa masing2 mempunyai karakter yg positif dan negatif. Tidak semua orang boleh menerima karakter positif kita, dan tidak semua orang benci pada karakter negatif kita. Macam mane tu ye? Sepatutnya sikap positif lebih disukai dari sikap negatif. Semua ini pokok pangkalnya ialah hati dan juga bergantung pada iman didalam diri.

Jangan lah hairan. Perkara tersebut memang terjadi sejak di zaman Rasulullah lagi. Seperti yang kita tahu bahawa Rasulullah adalah golongan yang ma’sum (tidak pernah melakukan dosa) namun, baginda tetap tidak diterima oleh sesetengah kaum atau golongan kerana sikap ego dan jahil mereka. Walaubagaimanapun, Baginda tetap memaafkan kesalahan umatnya.

Berbalik semula kepada apa yang dibincangkan tadi. Sikap bagaimanakah yang diidamkn oleh setiap manusia dari muda mahupun yang tua?

Mengikut kajian dan penilitian saya sendiri walaupun kajian saya tidak sampai kepelusuk dunia, tetapi tetap mengambil masa yang agak lama dan baru sekarang saya dapat rungkaikan. Sikap yang diimpikan itu ialah sentiasa ceria pada bila2 masa dan walau di mana jua kita berada. Am I right? Yup, absolutely right.

Di dunia ini terdapat 2 kategori orang yg ceria.

1) sentiase ceria walau banyak melakukan dosa

2) sentiase ceria kerana sentiasa mendapat hidayah Allah

1) Sikap ini adalah sikap orang yang banyak melakukan dosa tapi dia dengan rasa tidak bersalah dan malu dengan Allah dan juga orang sekeliling. Golongan ini akan sentiasa berbangga dengan dosa yang telah dilakukan. Berbangga yang dimaksudkan ialah menayang2 dosa yang dilakukan dikhalayak ataupun menceritakan kepada orang dengan perasaan yang gembira dan seronok. Jadi sikap ceria yang ditonjolkan adalah ceria yang tidak dipersetujui oleh Allah.

2) Sikap ini adalah sikap orang yang banyak berbakti dan melakukan pahala iaitu melakukan kerja sentiasa berlandaskan syariat kerana dia ingat pada Allah dan sentiase mengingati mati. Golongan ini akan segera melakukan taubat setelah dia melakukan dosa dengan cara melakukan solat taubat. Bukti taubatnya telah diterima ialah dia rasa bersalah dan malu dengan dosa yang telah dia lakukan lalu. Dia akan rasa tenang kerana dia telah membersihkan diri dari dosa. Jadi, sikap ceria ini adalah ceria yang dipersetujui oleh Allah.

Jadi, ceria yg bagaimanakah yg harus ade pada seorang muslimin dan muslimah juga mukminin dan mukminah????? Tepuklah dada tanyalah iman.

Saya juga telah membuat kajian dengan cara melakukan survey keatas sebilangan orang. Saya bertanya mengenai sikap mereka. Pada mulanya saya ada perasaan acuh tak acuh. Tetapi saya cuba juga untuk bertanya mungkin kekuatan itu Allah yang beri.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ ..hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (agamaNya), nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan mu.. ”

Maka, dengan kekuatan itu la saya mula berbicara.
Cuma sedikit saja dialog yang dapat saya beritahu kerana mengelak keaiban lain.
Antara dialog saya dengan mereka.

“ Bila kamu nak berubah? ” jawabnya “ Nantilah tak sampai seru lagi, masih tak dapat hidayah. ” saya tersenyum kemudian saya jawab kembali, “ hidayah ni perlu dicari. Dia takkan datang kalau tidak dicari. Allah juga takkan bagi kalau tidak diminta. ”

Ada juga yang saya bertanya sikap mereka yang berubah dari elok kepada kurang elok. Padahal sebelum ini dia mendapat kekuatan untuk memberi nasihat kepada orang. Dia pun beritahu kepada saya bahawa dia tidak kuat dan dia tidak mahu menasihat orang lain dah. Ingatlah bahawa Allah akan uji kita balik iaitu dengan ujian yang sama dengan apa yang kita pernah nasihatkan pada orang sebelum ini. Nowadays, apabila sebut mengenai hal itu, semua orang mula goyah dan mula ada perasaan tidak mahu nasihat rakan2 lain apabila mereka ternampak atau tahu rakan2 mereka telah melakukan kesalahan atau lebih tepat lagi dosa. Jadi, cuba kita sama-sama berbalik kepada firman Allah tadi cuba fahamkan atau bertanya pada yang lebih arif mengenai tafsirannya dan ditambah lagi disini.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

“..sampaikan walau sepatah..”

Firman Allah SWT dalam surah Al-‘Asr :

“ Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran..”

Memang susah kita untuk menasihatkan orang lebih2 lagi orang yang paling dekat dan hampir dengan kita. Mungkin kita boleh nasihat dalam bentuk isyarat (hint) jika kita tidak tahu cara yang berhemah untuk nasihat secara terus-terang (directly). Apa yang penting usaha. Allah lebih memandang pada usaha bukan pada hasil. Berusahalah..berusahalah..dan berusahalah. Islam boleh..!!!

Berikut adalah antara wajah-wajah ceria yang dapat saya pertontonkan kepada umum.





Monday, May 4, 2009

Waaaaa.....!!!!

Erk...bunyi mcm nangis je...huhuhu.hari ni diriku telah diuji.aduyai.sebenarnye i ni seorg yg penggeli. Maksudnye mcm ade bende kotor ckit je i akan rase mcm geli la..hohohoho..

Bangun2 Subuh selepas bace doa bgun tido mak terus cakap sesuatu yg agak mengejutkan..
" Ita, nanti basuh motor Ita tau. Mak tgok ade kencing kucing. " Apa lagi, terbeliak mata i mendengarnye.

Tapi bukan itu saje. Lantai kat depan umah tu pun kena najis kucing tu.. Mak aihh...
Nak tambah lagi ni.. Kasut i pun kena jgak..huhhhh....
Otak i pun berputar2 memikirkan tentang malam tadi.. Sebenarnye malam tadi ujan dengan lebatnye..mmg sedap tido wooo.... Kucing tu pun sedap membuang sesuatu yg tidak die perlukan.. Hahahaha... Kesian betul..

Dalam kepale terus set nak wat ape pagi tu. Setelah selesai perkare2 wajib, i pun merancang ape yg patut dibuat pada pagi tadi. Dalam kepale pada mulanye agak berkecamuk. Mane taknye motor kesayangan i telah diperlakukan sebegitu rupa. Perghhhh...!!!!!

Kalau ikutkan hati mmg la marah. Kemudian hati pun berkate2 ' ini la ujian yg diturunkan kepadaku..' sbb i rase ini adalah satu ujian yg mmg menguji kesabaran i. Mane taknye i ni seorang yg penggeli..eyekkkk.. Tambah i lagi..' kucing tu mane tak ade akal sbb tu la die wat mcm tu..'



Dengan muke yg agak2 tersengih (sbb cube jgak senyum..hehehe..) i pun mulekan operasi membersihkan rumah dan motor dengan khusyuknye..aiceh...
Selesai juge akhirnye.. Barula i dapat tersenyum dengan hapy. Motor dan rumah i sudah bersih bersinar..waaaahhhh...(yola tu..hukhukhuk)

Akhirnye i pun buatla kesimpulan sendiri..
Kalau ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut iman aman.. So, i pun ikut la iman yg telah mengetuk pintu hati..cewahhh... Watpe nak marah2 ye tak??? Rugi je.hehehehe...

Sunday, April 26, 2009

Jangan..!!

  • JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Cuma ada beberapa keadaan yang dimaafkan iaitu tertidur, terlupa dan gila.
  • JANGAN masuk ke bilik air atau tandas tanpa memakai alas kaki (selipar). Ini kerana dikhuatiri kita terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana di waktu pagi malaikat buka pintu berkat).
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati di dalam perjalanan tersebut.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan mata meliar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan dan kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. (alamak klu org yg mudah tergelak cmne ek??)
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Walau apa pun ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
  • JANGAN tegur..!!!(erk...itu filem la..dah masuk bab laen lak..huhuhu..)

Thursday, April 23, 2009

I Like This Song





Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


(pernah bagi nasyid ni kat murshid, mizi, uqbah, rai, dila n ramai lagi la kwn2..tak sgke plak uqbah publish kan kat kwn2 laen lagi..terharu lak rasenye...terase dihargai...mgkin lirik nasyid ni bermakne wat die kot..pape pun
tq my fren..ini utk semue kwn2..too deep)

10 Perkara Perbuatan Sia-sia

  1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  2. Orang yang kerapkali membaca Al-Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
  3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyyatul-masjid.
  4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
  5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke sesuatu kota, kemudian dia keluar lagi kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
  6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Wednesday, April 22, 2009

Kimia

Nak berkongsi ckit ngan semua..
Dulu penah present tajuk ni..
InsyaAllah ia berguna untuk kte..

KIMIA sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan kte seharian..
contohnya makanan dan minuman..
ia terhasil dari bahan kimia yg dicampur gaul untuk menambah kesedapannya seperti penambahan gula dan garam..
itu sekadar intro..

erti KIMIA ialah penukaran sesuatu benda kepada benda lain..
khasnya penukaran logam murah kepada perak atau emas..
KIMIA terbahagi kepada dua iaitu :


1) kimia jasmani
2) kimia rohani

1) KIMIA JASMANI
seorang Sarjana Amerika, iaitu Haider Bamm
et berkata :

Sekiranya kita menambah fakta ini, satu proses yang asas dalam kimia iaitu penyulingan adalah suatu penemuan umat Islam dan merekala
h yang pertama kali menggunakan kaedah-kaedah :

  • pemejalwapan
  • penghabluran
  • pengentalan
  • pengkupilan
Seperti yang kte semua tahu bahawa sememangnya umat Islam yang menemui dan memperkenalkan ilmu KIMIA pada mulanya. Tetapi kte belajar subjek KIMIA semua guna nama omputih sebab ilmu tersebut telah dicuri ketika peperangan.

2) KIMIA ROHANI
Membawa maksud pembentukan dan peningkatan rohani iaitu penukaran jiwa yang rendah dan resah menjadi tenang dan stabil.

Jiwa resah menjadi tenang.

Faktor jiwa kte menjadi resah ialah tekanan iaitu berpunca dari beberapa sebab seperti kegagalan dalam peperikasaan, kecewa dengan sesuatu, kekalahan dalam perlawanan dan sebagainya.

Jadi proses bagi jiwa resah menjadi tenang ialah seperti berikut :


Penerangan berdasarkan gambarajah.

  • RESAH - ketika kte di waktu ini, kte perlu membace Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah mukjizat, penawar dan juga ubat. Selain itu, kte juge perlu berzikir kepada Allah SWT. Tetapi, terdapat juga sesetengah golongan yang hadapinya dengan cara menyanyi, menjerit, memukul, memarahi, memberontak dan sebangainya. Lebih dahsyat lagi ada juga yang sanggup membunuh diri..Astaghfirullah..
  • PROSES - kawasan ini adalah kawasan suatu proses hati yang berlaku untuk berubah menjadi tenang.
  • TENANG - ketika ini adalah proses yang sudah terhasil berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.
Kesimpulan

Sebenarnya kte memang tidak lari dari kesusahan, kegusaran, keresahan, kebingungan, dan semua ke....an yang negatif. Bacalah Al-Quran dan berzikirlah kepada Allah. Apabila kte di dalam kesenangan, keseronokan, kegembiraan, keharmonian dan semue ke....an yang positif kte ingat pada Allah, InsyaAllah ketika kte ke....an yang negatif Allah ingat pada kte dan membantu kte. Janganlah terlalu berduka
apabila kte tidak memperoleh sesuatu yang kte inginkan kerana Allah akan beri apa yang kte perlu bukan apa yang kte mahu. Mungkin juga apa yang kte mahu itu adalah apa yang kte perlu. Jadi kte sentiasalah berdoa pada yang Esa.

Apabila kte berdoa kte akan hadapi 3 situasi seperti berikut :
  • doa diterima - bermakna Allah sayang pada kte.
  • doa dilambatkan - bermakna Allah sedang menguji kte.
  • doa ditolak - bermakna Allah mempunyai perancangan yang lebih untuk kte.
Akhir kata, percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. InsyaAllah Dia akan membantu kte dari segala aspek. Perlu diingat bahawa kte adalah asbab kepada apa yang berlaku.