Pages

Thursday, August 28, 2014

Anakku Tolong Mengemas..!!! Yeayyyy..!!

      Di suatu petang yang indah dengan bersemangat waja aku mulakan kerja melipat baju setelah penat lelah di waktu pagi membuat kerja-kerja rumah yang lain. Sambil melakukan kerja, aku masih mencuba untuk menidurkan sikecilku yang comel lagi bijak dan soleh. Namun usahaku hampa belaka kerana dia tidak mahu tidur dan asyik ingin mengajak bermain. Baiklah sayang...!!! Jom kita main sama-sama ya....


      Okehla berbalik kepada penceritaanku tadi. Disebabkan anakku asyik nak berkepit dan mengajak bermain, aku pun mengambil langkah dengan meletakkannya di dalam WALKER memandangkan dia telah memasuki bulan yang ke-5. 5 bulan lebih dah. Sedang diriku ligat melipat baju aku pun bersembang-sembanglah dengan dia kan. Aku pun saja-saja panggil dia ajak dia tolong lipat baju sama-sama. "Uwais..meh tolong ibu lipat baju meh.." Beberapa saat kemudian dengan lajunya dia mengheret walkernye itu kearah kain-kain yang bertimbun terkena kain-kain yang telah siap dilipat. MasyaAllah......!!! Habesssssssssssssss kain-kain yang telah dilipat itu runtuh... GEDEBUKKKKKKK.....!!!!!!


      Terkejut aku dibuatnya. Aku dengan spontannya gelak kahkahkah..Kemudian aku pun berkata kepadanya "Terima Kasih sayang tolong ibu..pandai sangat.." Hatiku bermonolog.. "Seronok tengok keletah anak kecil ini walaupun penat dengan kerenahnya yang makin lama makin bijak. Jangan dimarahai anak kecil itu kerana dia adalah amanah Allah yang paling besar kepada kita. Apa yang dia lakukan anggaplah suatu hiburan dalam kehidupan. Sudah pasti ia menjadi kenangan yang terindah yang kekal dalam ingatan selama-lamanya ..."   ^^,)

1 comments:

Nur Hatiku..... said...

pandainye..uwais xpernah jumpe aunty lg kan..ibu kamu tu busy memanjang.