Pages




Wednesday, April 22, 2009

Kimia

Nak berkongsi ckit ngan semua..
Dulu penah present tajuk ni..
InsyaAllah ia berguna untuk kte..

KIMIA sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan kte seharian..
contohnya makanan dan minuman..
ia terhasil dari bahan kimia yg dicampur gaul untuk menambah kesedapannya seperti penambahan gula dan garam..
itu sekadar intro..

erti KIMIA ialah penukaran sesuatu benda kepada benda lain..
khasnya penukaran logam murah kepada perak atau emas..
KIMIA terbahagi kepada dua iaitu :


1) kimia jasmani
2) kimia rohani

1) KIMIA JASMANI
seorang Sarjana Amerika, iaitu Haider Bamm
et berkata :

Sekiranya kita menambah fakta ini, satu proses yang asas dalam kimia iaitu penyulingan adalah suatu penemuan umat Islam dan merekala
h yang pertama kali menggunakan kaedah-kaedah :

  • pemejalwapan
  • penghabluran
  • pengentalan
  • pengkupilan
Seperti yang kte semua tahu bahawa sememangnya umat Islam yang menemui dan memperkenalkan ilmu KIMIA pada mulanya. Tetapi kte belajar subjek KIMIA semua guna nama omputih sebab ilmu tersebut telah dicuri ketika peperangan.

2) KIMIA ROHANI
Membawa maksud pembentukan dan peningkatan rohani iaitu penukaran jiwa yang rendah dan resah menjadi tenang dan stabil.

Jiwa resah menjadi tenang.

Faktor jiwa kte menjadi resah ialah tekanan iaitu berpunca dari beberapa sebab seperti kegagalan dalam peperikasaan, kecewa dengan sesuatu, kekalahan dalam perlawanan dan sebagainya.

Jadi proses bagi jiwa resah menjadi tenang ialah seperti berikut :


Penerangan berdasarkan gambarajah.

  • RESAH - ketika kte di waktu ini, kte perlu membace Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah mukjizat, penawar dan juga ubat. Selain itu, kte juge perlu berzikir kepada Allah SWT. Tetapi, terdapat juga sesetengah golongan yang hadapinya dengan cara menyanyi, menjerit, memukul, memarahi, memberontak dan sebangainya. Lebih dahsyat lagi ada juga yang sanggup membunuh diri..Astaghfirullah..
  • PROSES - kawasan ini adalah kawasan suatu proses hati yang berlaku untuk berubah menjadi tenang.
  • TENANG - ketika ini adalah proses yang sudah terhasil berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.
Kesimpulan

Sebenarnya kte memang tidak lari dari kesusahan, kegusaran, keresahan, kebingungan, dan semua ke....an yang negatif. Bacalah Al-Quran dan berzikirlah kepada Allah. Apabila kte di dalam kesenangan, keseronokan, kegembiraan, keharmonian dan semue ke....an yang positif kte ingat pada Allah, InsyaAllah ketika kte ke....an yang negatif Allah ingat pada kte dan membantu kte. Janganlah terlalu berduka
apabila kte tidak memperoleh sesuatu yang kte inginkan kerana Allah akan beri apa yang kte perlu bukan apa yang kte mahu. Mungkin juga apa yang kte mahu itu adalah apa yang kte perlu. Jadi kte sentiasalah berdoa pada yang Esa.

Apabila kte berdoa kte akan hadapi 3 situasi seperti berikut :
  • doa diterima - bermakna Allah sayang pada kte.
  • doa dilambatkan - bermakna Allah sedang menguji kte.
  • doa ditolak - bermakna Allah mempunyai perancangan yang lebih untuk kte.
Akhir kata, percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. InsyaAllah Dia akan membantu kte dari segala aspek. Perlu diingat bahawa kte adalah asbab kepada apa yang berlaku.

0 comments: