Bercakap mengenai perangai orang ini, kita tahu bahawa masing2 mempunyai karakter yg positif dan negatif. Tidak semua orang boleh menerima karakter positif kita, dan tidak semua orang benci pada karakter negatif kita. Macam mane tu ye? Sepatutnya sikap positif lebih disukai dari sikap negatif. Semua ini pokok pangkalnya ialah hati dan juga bergantung pada iman didalam diri.
Jangan lah hairan. Perkara tersebut memang terjadi sejak di zaman Rasulullah lagi. Seperti yang kita tahu bahawa Rasulullah adalah golongan yang ma’sum (tidak pernah melakukan dosa) namun, baginda tetap tidak diterima oleh sesetengah kaum atau golongan kerana sikap ego dan jahil mereka. Walaubagaimanapun, Baginda tetap memaafkan kesalahan umatnya.
Berbalik semula kepada apa yang dibincangkan tadi. Sikap bagaimanakah yang diidamkn oleh setiap manusia dari muda mahupun yang tua?
Di dunia ini terdapat 2 kategori orang yg ceria.
1) sentiase ceria walau banyak melakukan dosa
2) sentiase ceria kerana sentiasa mendapat hidayah Allah
1) Sikap ini adalah sikap orang yang banyak melakukan dosa tapi dia dengan rasa tidak bersalah dan malu dengan Allah dan juga orang sekeliling. Golongan ini akan sentiasa berbangga dengan dosa yang telah dilakukan. Berbangga yang dimaksudkan ialah menayang2 dosa yang dilakukan dikhalayak ataupun menceritakan kepada orang dengan perasaan yang gembira dan seronok. Jadi sikap ceria yang ditonjolkan adalah ceria yang tidak dipersetujui oleh Allah.
2) Sikap ini adalah sikap orang yang banyak berbakti dan melakukan pahala iaitu melakukan kerja sentiasa berlandaskan syariat kerana dia ingat pada Allah dan sentiase mengingati mati. Golongan ini akan segera melakukan taubat setelah dia melakukan dosa dengan cara melakukan solat taubat. Bukti taubatnya telah diterima ialah dia rasa bersalah dan malu dengan dosa yang telah dia lakukan lalu. Dia akan rasa tenang kerana dia telah membersihkan diri dari dosa. Jadi, sikap ceria ini adalah ceria yang dipersetujui oleh Allah.
Jadi, ceria yg bagaimanakah yg harus ade pada seorang muslimin dan muslimah juga mukminin dan mukminah????? Tepuklah dada tanyalah iman.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ ..hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (agamaNya), nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan mu.. ”
Maka, dengan kekuatan itu la saya mula berbicara.
Cuma sedikit saja dialog yang dapat saya beritahu kerana mengelak keaiban lain.
Antara dialog saya dengan mereka.
“ Bila kamu nak berubah? ” jawabnya “ Nantilah tak sampai seru lagi, masih tak dapat hidayah. ” saya tersenyum kemudian saya jawab kembali, “ hidayah ni perlu dicari. Dia takkan datang kalau tidak dicari. Allah juga takkan bagi kalau tidak diminta. ”
Rasulullah SAW pernah bersabda :
“..sampaikan walau sepatah..”
Memang susah kita untuk menasihatkan orang lebih2 lagi orang yang paling dekat dan hampir dengan kita. Mungkin kita boleh nasihat dalam bentuk isyarat (hint) jika kita tidak tahu cara yang berhemah untuk nasihat secara terus-terang (directly). Apa yang penting usaha. Allah lebih memandang pada usaha bukan pada hasil. Berusahalah..berusahalah..dan berusahalah. Islam boleh..!!!
Berikut adalah antara wajah-wajah ceria yang dapat saya pertontonkan kepada umum.
0 comments:
Post a Comment