Pages




Thursday, November 17, 2011

Mengaibkan Orang Lain

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk teradap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak ape neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."


(Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Huraian :

# Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah.

# Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang bertaubat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

<< astaghfirullahal'azim..dimanekah kte wahai sahabat2ku..?? marilah kte same2 renung2kan..berubah kearah kebaikan adalah kewajipan bersama.takperlu beritahu pd khalayak ttg perubahan atau kebaikan yg kte lakukan, cukuplah sekadar hanya Allah sahaja yang tahu..dari Dia kte datang, kepada Die kte kembali.. >>

Tuesday, November 8, 2011

Warisan WaniTa Terakhir & Kasih Ku PinJam WaJahmu




maen la gitar lagu ni..
sayup lak dengar...
hukhukhuk

Monday, November 7, 2011

Doa yG Nabi SAW ajaR kPd Fatimah ra

doa yang Nabi Muhammad SAW ajar kepada anaknya Fatimah ra :



Yg Maha hidup dan yG Maha BErdiri,
dengan rahmatMu aku memohon pertolongan,
baikilah urusanku semua sekali
dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku
walaupun sekelip mata... Amin..~~~~

Saturday, October 29, 2011

MuHasaBah DiRi

titipkan semangat untuk meneruskan ape yg patut diteruskan.......

amalkan surah al-Insyirah semoge Allah memudahkan sgale urusan kte.....
bersabar dan mendaki sbuah kejayaan dengan perlahan-lahan jgn tergopoh-gapah dan tekadkan usaha....
berusaha dan bertawakallah....
berdoa..sesungguhnya doa itu adalah senjata mu'min...

bile ade masalah atau sedang berduke...belajarlah untuk senyum...
kerana setiap kedukaan pasti ade kebahgiaan...
jangan terlalu meminta ape yg Allah takkan bg..
tp terimalah dan bersyukurlah ape yg telah kte perolehi...
mungkin Allah taknak bg skrg tp suatu hari nti..

seandainya Allah tidak mahu memberi kebahgiaan kepada kte...
walau seluruh dunie menyokong kte..kte ttp tidak akan bahagie..
seandainya Allah ingin beri kebahgiaan kepada kte...
walau seluruh dunie menolak..kte ttp akan kecapi bahagia..
ingatlah bahawe..hidup kte ni hnya bergantung kepadaNya...

setiap hari kte perlu lakukan perubahan kearah kebaikan walaupun sebesar zarah..
supaya kte tidak tergolong dalam orang2 yg rugi dan sia2..
Allah Maha Mengetahui seisi dunie......
lakukan yg terbaek pada diri sendiri untuk di dunie n akhirat....

heaven is our destiny........~~~~~~

Monday, October 24, 2011

La TahZan innaLlaha Ma'ana



aku bersyukur padaMu ya Allah.....~~~
nikmatMu terlalu byak kepada ku
dan tidak terhitung oleh ku.....
dariMu aku datang
kepadaMu aku kembali...

Friday, October 21, 2011

Bidadari Syurga pun cemburu padanya ",)

......perkara yang terindah dari seorang wanita
bukan pada saat ia tersenyum bahagia
tetapi di saat butiran air mata jatuh dalam doa..
bukan kerana kata-kata yang indah
tetapi saat dia diam dalam zikir...
bukan kerana kecantikannya yang mempesona
tetapi rukuk dan sujudnya yang tiada henti..
maka dialah permata yang dirindui & embun yang dinanti,
bahkan bidadari syurga pun cemburu padanya.............WALLAHUALAM.. ",)

Wednesday, October 19, 2011

KeRaNa AllaH

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.

Dan suatu jalan yang buruk."

(Al Israa' : 32 )

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )

biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."

(Umar Bin Khattab ra)

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(HR. Al-Hakim)