Pages




Thursday, November 17, 2011

Mengaibkan Orang Lain

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk teradap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak ape neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."


(Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Huraian :

# Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah.

# Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang bertaubat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

<< astaghfirullahal'azim..dimanekah kte wahai sahabat2ku..?? marilah kte same2 renung2kan..berubah kearah kebaikan adalah kewajipan bersama.takperlu beritahu pd khalayak ttg perubahan atau kebaikan yg kte lakukan, cukuplah sekadar hanya Allah sahaja yang tahu..dari Dia kte datang, kepada Die kte kembali.. >>

0 comments: