Pages




Wednesday, October 24, 2012

Takut Allah VS Takut Hantu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT..



Hadirin dan hadirat yang dikasihi Allah sekalian, dunia sekarang semakin banyak dugaan dan ujian secara halus.

Di media hari ini banyak movie yang berkisarkan tentang seram dan takut kepada hantu. Mereka seperti berlumba-lumba untuk menyiarkannya. Semakin hari semakin banyak, semakin galak dan begitu juga sambutan dan orang ramai. Kurang pula cerita yang berkisarkan tentang kebesaran Allah atau apa-apa sahaja yang berkaitan denganNya. Cuba kita bertanya kepada orang sekeliling tentang nama-nama Allah dan nama-nama hantu, agak-agak kita yang manakah mereka lebih tahu dan pantas menjawabnya?

Hal ini mempengaruhi pemikiran masyarakat kita yang mana lebih mengenal hantu dari Allah tidak kira dari segi sifat dan sikap. Oleh yang demikian, disebabkan kisah-kisah hantu adalah kisah-kisah yang seram, masyarakat lebih takut kepada hantu. Walhal, siapakah yang patut kita kenali dan takut? Tepuk dada tanya IMAN.

WALLAHU'ALAM

Marilah kita sama-sama merenung sejenak.




Wednesday, September 26, 2012

Terhutang budi

Assalamualaikum semua...
Haaaaaaaaa baca entri tu..saya kompom semua penah merasainyakan..
Keadaan ini dirasai bila orang membantu atau menolong kita di saat kita kesusahan atau ketika sangat memerlukan...


Hutang budi di bawa mati tau...huhuhu seram tak...??

Cara untuk membalas budi adalah dengan cara kita berbudi kepada orang yang pernah menabur budi kepada kita..
Jadi kurangla rasa hutangnya tu kan kan kan..
Tetapi, balasan untuk budi ni untuk orang yang terhutang budi la.
Bagi yang menabur budi, sudah semestinya tidak mahu terima apa-apa dari kita..
Orang yang ikhlas begitu la kan..

Tapi ada juga segelintir pihak yang tidak mengenang budi...huhu
Kalau kita rasa diri kita adalah golongan orang yang baik-baik, mintak jauhkanlah kita dari sifat-sifat yang buruk dan mungkar. InsyaAllah...

Peace.....!!! ^^) V


nah amik ni balas budi..hehehe

Sunday, September 9, 2012

MBA accident.. :(

- Adakalanya apa yang berlaku dalam seharian kita adalah yang tidak dijangka...
- Pada hari selasa lepas saya dapat panggilan kecemasan, orang yang paling rapat dengan saya kemalangan jalan raya.... Allahurabbi...
- Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada beliau untuk menghadapi sakit yang dialamainya...
- Semoga kesakitannya itu adalah kafarah dosa-dosanya dan terhapuslah ia semuanya.
- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Thursday, August 23, 2012

Alhamdulillah... ^^,)

 


~~~~ >>> 2 Syawal 1433 


~~~~ >>> 20 Ogos 2012


Saturday, May 12, 2012

Orang zaman sekarang...

Orang zaman sekarang lebih memperlekehkan:


  • seseorang yang buta IT berbanding yang buta tentang Islam
  • berpakaian era fesyen terkini berbanding berpakaian menutup aurat
  • perkara yang mengikut adat berbanding perkara yang mengikut syariat 
  • kermahuan berbanding keperluan
%% Walau bagaimanapun mereka, kita sebagai seorang yang berilmu, didiklah diri supaya melakukan sesuatu itu tidak terkeluar dari perintah Allah SWT..Wallahu'alam. %% 


Thursday, May 10, 2012

Pengajaran dari Pohon semalu



Pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.

  • Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


  • Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


  • Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


  • Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Ilmu



  • orang yang mempunyai ilmu lebih baik dari orang yang tidak mempunyai ilmu langsung...






  • orang yang tidak mempunyai ilmu langsung tetapi dia usaha mencari ilmu adalah lebih baik dari orang yang tidak mempunyai ilmu dan langsung tiada usaha untuk mencari...






  • orang yang mempunyai ilmu yang sedikit dan mengamalkannya adalah lebih baik dari orang yang mempunyai ilmu yang banyak tetapi langsung tidak mengamalkannya...



## Walaupun kita sudah mempunyai ilmu, kita juga perlu menambah dan jangan terlalu selesa dengan apa yang sudah kita ada. Ilmu itu luas. Dimana-mana sahaja kita boleh memperolehinya. Janganlah kau bosan untuk mencari, menimba dan memantapkan ilmu....##


~~ alololo..tomenyeeee tucing nieee...hik3..~~

Monday, April 23, 2012

Isteri Cerdik Yang Solehah




>>Semoga saya menjadi salah seorang daripada isteri yang solehah..suatu hari nanti<<


Harinya akan tiba, hanya Allah sahaja yang tahu.....


~~~~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...~~~~

Ya Allah Ya Tuhanku,
aku merendah diri di hadapanMu,
aku memohon,
Jika dia tercipta untukku,
janganlah Engkau berbolak-balikkan hatinya...
tetapkanlah Imannya..tetapkanlah hatinya..
dekatkanlah hati kami..
mudahkanlah perjalanan kami menuju ikatan yang sah
yang diredhai dan dirahmati olehMu....


Berikanlah kami cintaMu 
supaya kami dapat bercinta hingga ke syurga...
kami ingin menuju syariatMu...
hanya Engkau yang ku sembah,
hanya padaMu jualah aku meminta pertolongan..
Istajibillahumma du'a ana......


Amin Ya Rabbal'alamin.... 

Thursday, April 19, 2012

Hidup ini....

hidup ini ibarat bermain 'explorace'...
setiap perjalanan perlu mencari 'check point' yang mana kita akan diberi tugasan yang perlu diselesaikan hingga berjaya.. barulah kita akan diberi tugasan dan arahan seterusnya. 
Dalam perjalanan ada banyak cabaran, perlu tabah menghadapi setiap cabaran mendatang. Jika tidak mengikut arahan, kita akan sesat di tengah jalan.
Yang pasti destinasi yang dituju adalah sama.. Kepada sesiapa yang berjaya akan dapat hadiah yang dijanjikan..
~~ Janji Allah itu Pasti..~~
"...hanya Allah yang tahu..."

Monday, April 16, 2012

Pilihan





Dalam hidup ini, kita semua tidak dapat lari dari membuat pilihan..
Pilihan dan kekeliruan tidak semestinya soal jodoh.


Tetapi merangkumi semua perkara :
1) nak masak apa untuk keesokan hari..
2) nak pergi kerja naik apa..
3) nak cari kerja berjawatan apa...
4) nak makan apa untuk harini..


dan bermacam2 lagi... Jadi, untuk membuat pilihan tersebut kadang2 mengalami kesukaran untuk memilih..
Penyelesaiannya adalah istikharahlah.. Allah akan beri kita jawapan kepada kita...
InsyaAllah..

SOLAT ISTIKHARAH

Tuesday, March 20, 2012

Ubat Hati


Mendengar seorang ustazah keudara di stesen radio IKIM...
Meminjam kata-katanya, antaranya :

1)  Bila hati ini sakit, ubatlah ia dengan membaca al-Quran dan zikrullah. Seandainya masih sakit itu bermakna kita sekadar baca tetapi tidak memahami maksudnya. Sekiranya masih sakit, maka berdoalah "Ya Allah, hati ini sakit jadi gantilah hatiku ini dengan hati yang baru.". Ini kerana, hati itu mungkin sudah tidak dapat diubat lagi jadi, gantikanlah dengan hati yang baru.

2) Dunia sekarang, bila ada kabel (orang dalam) mudah untuk dapat sesuatu kerja. Begitulah kita di akhirat nanti. Yang mana kita perlukan kabel untuk mudah masuk ke syurga. Kabel yang dimaksudkan adalah syafaat. Syafaat yang kita perlukan adalah al-Quran.

Berhijrah kearah kebaikan itu senang,
Tetapi ISTIQAMAH itu susah..

Kerana 'al Iman wa yazid wa yanqus'
Marilah kita mengamalkan doa nabi Yunus ketika di dalam ikan nun untuk mendapat ketenangan hati.


boleh teruskan membaca DI SINI

Aib

 
Sebelum terbuka, tutuplah ia...
Sebelum terbongkar, jagalah ia..

Orang lain tidak perlu tahu tentang ia..
Tidak perlulah menceritakan ia kepada khalayak..
Kelak kita akan mendapat malu..

'Ia' adalah AIB

Friday, March 16, 2012

Doaku 2



Astaghfirullahal'azim....
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Lailahaillallah..
Allahuakbar...


Ya Allah Ya Tuhanku...jauhkan lah diriku dari buruk sangka...
berikanlah ku ketenangan jiwa..didiklah kesabaranku...
mudahkanlah urusanku jika ia terbaik untuk ku...
baikilah segala urusanku...jauhilah aku dari syaitan yang direjam..
Hanya Engkau yang ku sembah.. Hanya padaMu jualah aku meminta pertolongan..


Monday, March 12, 2012

Tulisan ComoT saYa


Waktu saya tak buat ape2 dan duduk2 saje saya akan menulis..
Tulis ni waktu laptop saya rosak aritu…huhuhu
Tak boleh nak menaip jadi menulis la…
Tulisan ni sebenarnye seorang sahabat saya yang mengajarnya..
Eh eh eh silap plak..die tak ajar tapi die slalu tulis cmtu…sy tiru tulisan die dalam diam..
Hekhekhek…hasilnya seperti berikut.. :
Setiap tulisan saya mesti ada bunga raya..trademark konon..


Kabur le pulak yang ni....haishhh takpe2 nampak jugak..

~~ tulisan saya buruk dan comot..tapi tulisan sahabat saya cantek dan kemas…emm sy belum expert..




My Sweet 24th..pewwiitt..!!


Haaaaa…sekarang ni tetibe teman ghase nak cakap peghok le pulok…
Idok le pandai beno sebab teman dah lame tak duk kat kampong poh saye kat kuale kangsor nun..
Kat kawasan teman ni tak loghat peghok dah..idok le nak kate bangge beno duk bandor nun…
Bese je…duk mane pun best..
Ok la kan…sebenornye teman nak share ngan mengkeme semue pase 8/12 tahun lepas teman nyambut besdey yang ke 24…wahhhhhh..!!!
Ok la, takmo le loghat beno kan..hehehe..biase2 jela ek..
Sebeno nye aritu kawan2 nak buat surprise tp tak bape jadi sebabnye kate depe sy asik menolak bile ajak makan same..terpakse la bgtau sebenornye dpe ajak makan same tu sebab nak surprise btday party..mane tak nye time masing sibuk pk pasal projek kan kan kan…mase pun dah tak banyak bersame..masing2 buat keje sendiri..
Emmm walaupun tak meriah mane tapi sy tetap happy sebab depe semue tetap meluangkan mase tuk celebrate…wahhh sangat2 menghargainya…. Xiexie ni… (“,)



 Wahhhh ade signboard le pulak….hehehe hijau gitu…like….

Kami berenam semuanya.

~~ celebrate kat KFC Parit Raja… kecoh KFC tu dengan kedatangan kami..huhuhu
 ~~ ni cite tahun lepas punye...hantam saja..



Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja


Assalamualaikum WBT……
Emmm agak lame rasenye tak update blog ni…
Almaklum lah tak datang keje kan sebab kesihatan tidak mengizinkan..kat umah takde tenet.
Datang keje awal sikit semate2 nak online..wahhh rajinnye datang keje (tangan dibahu mata keatas :P)
3 hari cuti saket…hanya mampu terbaring..tetibe mengidam plak cheesecake hekhekhek…
Ape lagi sy dan kakak ipar semangat pi kedai beli bahan2 untuk mengadun kek…nyum3……
Disebabkan sy yang nak makan, jadi sy la kene mengadunnya….
First time buat cheesecake ni……….wehhuuu..!!!
Kat bawah ni sy share gambar kek yg dah siap…
Cheesecake yang sedia untuk dimakan. Lemak berkrim disukai ramai. (my first trial)

Tengoklah, comotkan..hahahha biase la tetibe masuk campur tangan abang pulak nak tolong letak toping of the cake… itu lah hasilnye…takpela, yang penting jadi dan sedap ye tak..?? hehhehe
Sebelum ni buat ngan mak kek coklat je..pastu bagi kawan2 sy kat UTHM rase..
Dalam 4 hari je dah 2 buku cheesecake sy hasilkan… perghhh 3orang makan tuhhh…no wonder if I getting chubby..hakhakhak..

Lepas tu, sy seperti biase mengidam lagi..kali ni mengidam pudding caramel la pulak…
Jeng jeng jeng….mase untuk buat pudding caramel. Ekekeke.. :P
Ok, dah siap pudding caramel sy pun ape lagi snap gmbar untuk share ngan anda semua..

Pudding caramel yang enak. (my second trial)


Emmm sebenarnye sy jarang buat kek atau pudding..kalau masak2 lauk slalu la buat mase ni belum ade masalah (perghhh berlagak btl ayat) walaupun tak hebat dan tak pandai tapi boleh memasak..nak hebat boleh amalkan selalu..insyaAllah…hehehhe,..
Agak2 lepas tengok semue ni, sy dah layak kawen tak…wahahhahaha..

~~~ sambil menaip dengar lagu axl’s..layan kan je…

Thursday, March 1, 2012

Aku Dalam Teka Teki








Ke mana lagi nak kubuang langkah
Ke arah hilang terdengar mentari
Nun di hujung lautan terpancar jua
Semuanya
Telah pun aku langkahi
Sudah aku renangi
Namun di hati masih mencari


Sedangkan sungai ada muaranya
Begitu juga bumi dan paksinya
Tetapi hatiku kosong terbiar
Pasangannya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Di manakah cinta


Menerangi jiwa yang gelap gelita
Membuai aku yang terlena
Pesona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu


Biarpun hanya sekali
Namun kan terbukti
Biarlah menjadi rahsia abadi


Ke mana lagi nak kubuang langkah
Ke arah hilang terdengar mentari
Nun di hujung lautan terpancar jua
Semuanya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Dimanakah cinta
Menerangi jiwa yang gelap gelita


Membuai aku yang terlena
Persona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu
ooo...


### like like like...wehuuu..!!!.###

Wednesday, February 29, 2012

Takdir

Hidup ini penuh dengan kejutan yang tidak disangka dan tidak tercapai akal.
Samada secara sedar atau tidak, secara perlahan-lahan atau tiba-tiba dan kemungkinan baik mahupun yang buruk.
Yang pasti, yang berlaku tetap akan berlaku, yang terjadi akan tetap terjadi(cewahh lirik lagu tuhh..hikhik)
Apa yang telah tejadi adalah takdir dan tersurat bukan lagi kebetulan.
Namun, kita perlu tahu yang mana takdir terbahagi kepada dua iaitu Mubram dan Mu'allaq.
Takdir Mubram adalah takdir yang tidak boleh diubah contohnya: Ajal
Takdir Mu'allaq adalah takdir yang boleh diubah contohnya: Laptop rosak maknanya boleh dibaiki (eh eh hentam jela..huhu)
Jadi, selagi sesuatu itu boleh diubah bermakna kita ada potensi kearah lebih baik.
Dalam hidup, kita haruslah mempunyai matlamat atau perancangan.
Hidup yang tiada matlamat adalah kehidupan yang sia-sia.
Apa yang kita telah rancang untuk dapatkan sesuatu itu sememangnya kita belum tahu ianya terbaik untuk kita atau tidak, tapi kita tetap perlu berusaha mendapatkannya dan bukan sekadar tawakal.
Kita merancang, Allah juga merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
Selepas berusaha barulah redha dan tawakkal.



~~ Sekadar memotivasikan diri sendiri kerana diri belum cukup baik dan masih mencari untuk menuju kearah kesempurnaan. Tidak mampu untuk menasihati orang lain, cuma mengingatkan antara satu sama lain kerana itu tanggungjawab kita semua sebagai khalifah bumi..~~

cantik hijau ni...sape la yang kreatif ni ye...emm :)

Monday, February 27, 2012

Tak Faham


Kadang-kadang apa yang kita cakapkan tidak sama dengan apa yang di dalam hati..
Kadang-kadang apa yang kita tulis tidak sama dengan apa yang ingin kita sampaikan..
Boleh jadi salah faham antara satu sama lain..Mungkin juga boleh jadi pelik.emmmm....
Walaupun kawan-kawan atau orang sekelilin  mengatakan yang mereka faham perasaan kita belum tentu dia faham sepenuhnya melainkan dia berada ditempat kita dan rasa apa yang kita rasa..


Kesimpulannya, hati kita mempunyai seribu macam rasa tetapi sukar untuk kita luahkan melalui perkataan atau penulisan..
Tiada siapa yang dapat membaca hati kita melainkan Yang Maha Pencipta..
Jadi, sebagai hamba kita perlulah berbalik kepada Dia..

>>Sangat-sangat teringin belajar psikologi..Kalau ada rezeki, nak sambung master bidang psikologi la. Ni salah satu contoh. (",)<<

Sunday, February 26, 2012

Lemah Lembut dan Tenang


Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)

~~ Semoga saya tergolong dalam golongan orang-orang yang bersifat lemah lembut dan tenang..~~Amin


Thursday, February 23, 2012

Pemakaian Menurut Islam



“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
canteknyeee cincin ni...heheheh
## isu memakai cincin timbul antara saya dan abang saya..katanya "takpayah la pakai cincin nanti orang taknak datang dekat, orang ingat dah berpunya.."...hukhukhuk pape jela....

Friday, February 17, 2012

WaLau

WALAU hebat mana pun dia..
WALAU pandai mana pun dia..
WALAU tinggi mana pun kedudukan dia..
WALAU berjaya mana pun dia..
WALAU berlitup mana pun pakaian dia..
WALAU selincah mana pun hujahan dia..
WALAU cemerlang mana pun pelajaran dia..
WALAU terkenal mana pun dia..
WALAU zuhud mana pun dia..
WALAU pendiam mana pun dia..
WALAU kuat mana pun dia..


Dia tetap memerlukan seseorang untuk sentiasa memberi peringatan dan tunjuk ajar kerana kita tidak sempurna yang selalu dan sering terlupa..
siapakah DIA...???
DIA itu adalah kita semua..hehehe peace yOoo..!!!

Thursday, February 16, 2012

BerpasanGan

Ada malam, ada siang..
Ada gelap, ada terang..
Ada panas, ada sejuk..
Ada lembut, ada keras..
Ada kanan, ada kiri..
Ada buka, ada tutup..
Ada baik, ada jahat..
Ada lebih, ada kurang..
Ada jauh, ada dekat..
Ada lurus, ada bengkok..
Ada hitam, ada putih..
Ada tenag, ada kelam..
Ada manis, ada pahit..
Ada besar, ada kecil..
Ada benar, ada salah..
Ada lelaki, ada perempuan...

dan dot dot dot...

Allah jadikan semuanya berpasangan..
Bagaimanapun, mestilah kita ingat bahawa janji Allah itu pasti..
kata David Teoh : "Bukan Janji Tap Pasti.."
 wehuuuu..!!! =D