Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT..
Hadirin dan hadirat yang dikasihi Allah sekalian, dunia sekarang semakin banyak dugaan dan ujian secara halus.
Di media hari ini banyak movie yang berkisarkan tentang seram dan takut kepada hantu. Mereka seperti berlumba-lumba untuk menyiarkannya. Semakin hari semakin banyak, semakin galak dan begitu juga sambutan dan orang ramai. Kurang pula cerita yang berkisarkan tentang kebesaran Allah atau apa-apa sahaja yang berkaitan denganNya. Cuba kita bertanya kepada orang sekeliling tentang nama-nama Allah dan nama-nama hantu, agak-agak kita yang manakah mereka lebih tahu dan pantas menjawabnya?
Hal ini mempengaruhi pemikiran masyarakat kita yang mana lebih mengenal hantu dari Allah tidak kira dari segi sifat dan sikap. Oleh yang demikian, disebabkan kisah-kisah hantu adalah kisah-kisah yang seram, masyarakat lebih takut kepada hantu. Walhal, siapakah yang patut kita kenali dan takut? Tepuk dada tanya IMAN.
WALLAHU'ALAM
Marilah kita sama-sama merenung sejenak.
Wednesday, October 24, 2012
Takut Allah VS Takut Hantu
Posted by GreeNL@dY at 10:10 PM
Labels: takut Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment