Hidup ini penuh dengan kejutan yang tidak disangka dan tidak tercapai akal.
Samada secara sedar atau tidak, secara perlahan-lahan atau tiba-tiba dan kemungkinan baik mahupun yang buruk.
Yang pasti, yang berlaku tetap akan berlaku, yang terjadi akan tetap terjadi(cewahh lirik lagu tuhh..hikhik)
Apa yang telah tejadi adalah takdir dan tersurat bukan lagi kebetulan.
Namun, kita perlu tahu yang mana takdir terbahagi kepada dua iaitu Mubram dan Mu'allaq.
Takdir Mubram adalah takdir yang tidak boleh diubah contohnya: Ajal
Takdir Mu'allaq adalah takdir yang boleh diubah contohnya: Laptop rosak maknanya boleh dibaiki (eh eh hentam jela..huhu)
Jadi, selagi sesuatu itu boleh diubah bermakna kita ada potensi kearah lebih baik.
Dalam hidup, kita haruslah mempunyai matlamat atau perancangan.
Hidup yang tiada matlamat adalah kehidupan yang sia-sia.
Apa yang kita telah rancang untuk dapatkan sesuatu itu sememangnya kita belum tahu ianya terbaik untuk kita atau tidak, tapi kita tetap perlu berusaha mendapatkannya dan bukan sekadar tawakal.
Kita merancang, Allah juga merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
Selepas berusaha barulah redha dan tawakkal.
~~ Sekadar memotivasikan diri sendiri kerana diri belum cukup baik dan masih mencari untuk menuju kearah kesempurnaan. Tidak mampu untuk menasihati orang lain, cuma mengingatkan antara satu sama lain kerana itu tanggungjawab kita semua sebagai khalifah bumi..~~
Wednesday, February 29, 2012
Takdir
cantik hijau ni...sape la yang kreatif ni ye...emm :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment