Pages




Thursday, July 14, 2011

Fakta Tentang Coklat

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:”…coklat boleh dimakan secara sederhana.”

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: “Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan.” Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

this is my favorite chocolate brand..~~~ :)


Monday, July 4, 2011

Al-Quran Teman Di Kubur

[Al-Quran.JPG]

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :


"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :


"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.


Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Friday, July 1, 2011

musibah

kadang2 kita hanya fikir yang kita hampir tidak sanggup menerima ujian dan dugaan yg menimpa..
kadang2 kita mempertikaikan kenapa dugaan itu menimpa diri kita dan tidak pada org laen..

haruslah kita ingat bahawa setiap musibah dan dugaan itu datangnya dari Allah..
Allah memberi musibah itu ada sebab dan alasan tersendiri yang mana kita sendiri tidak dapat untuk rungkaikannya. bersyukurlah kepada apa yang Allah beri pada kita...~~~~

Saturday, June 18, 2011

TIGA KATEGORI MUSIBAH


DOA DITIMPA MUSIBAH

FIRMAN Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Dalam erti kata lain, setiap musibah yang diturunkan oleh Allah terhadap hambanya mengikut amalan dan tingkat darjat mereka.

Maka setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Penasihat Agama, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara, Khairia Ismail, musibah dikategorikan dalam tiga jenis iaitu kafarah, bala dan ibtila’ mengikut amalan dan ketaatan umat Islam.

Musibah kafarah berlaku ke atas orang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian atau kealpaan dan gagal mengawal nafsu.

Denda ini diberi oleh Allah kepada hambanya sebagai tebusan dosa kerana dosa yang dilakukan tanpa dirinya menyedari dan tidak diketahui oleh orang lain misalnya bercakap perkara yang menyakitkan hati pendengar walhal dirinya tidak menyedari butir bicaranya menyebabkan orang berkecil hati.

Bagi musibah bala pula, ia adalah ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan dan diturunkan sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak.

Misalnya kisah Firaun yang ditenggelamkan dalam Laut Merah dan Qarun yang ditenggelamkan bumi bersama-sama harta karunnya.

Musibah ibtila’ berlaku ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah bagi meninggikan darjat hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.

Selain itu, umat Islam juga harus sentiasa memenuhkan fikiran mereka dengan ilmu Allah melalui pembacaan al-Quran, berzikir dan melakukan amalan yang disuruh dalam Islam.

Pengisian yang kosong dalam fikiran manusia akan memudahkan syaitan masuk bagi mengawal akal fikiran.

Inilah yang menyebabkan pelbagai perkara berlaku selepas menghadapi kemalangan jiwa atau bencana misalnya trauma berpanjangan dan lebih parah lagi apabila menghadapi gangguan mental, skizofrenia.

Lemah semangat dan mudah berputus asa harus disingkirkan dan jangan leka dengan membiarkan diri tanpa pengisian yang lengkap.

Justeru, bagi umat Islam, harus perbanyakkan solat, membaca al-Quran dan berwirid.

“Jangan lupa pada Allah walau sedetik pun kerana ia adalah penyembuh kepada penyakit khususnya trauma.

“Al-Quran adalah pendinding diri yang paling baik bagi mereka yang tidak mempunyai semangat dan mudah berputus asa,” katanya.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 153 bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”

Tambahnya, ayat Kursi sesuai dijadikan pendinding untuk diamalkan sebagai satu cara berlindung daripada pelbagai perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jiwa.

“Bagi ibu bapa yang sedang membantu anak mereka dalam menghadapi trauma, pastikan supaya mereka tidak mengingatkan anak dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya atau apa saja kejadian yang menyebabkan kematian.

“Ini akan menyebabkan mereka teringat pada kawan mereka yang meninggal semasa kejadian.

“Selain itu, bawa mereka jauh dari tempat kejadian agar dapat meninggalkan kisah pahit itu dalam usaha memberi semangat dan motivasi kepada diri anak yang menghadapi trauma,” katanya.

Monday, June 13, 2011

Keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim.


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat kelebihan pahala ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.


Saturday, June 4, 2011

SaBar


jangan hanya menjadi orang yang sabar

menahan kesakitan dan keperitan...

jadilah orang yang sentiasa bersyukur,

sentiasa berfikiran jauh dan terbuka...

~~ goODLucK MasYitaH...~~

Wednesday, June 1, 2011

KeredhaanMu - InTeam


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih