Pages




Wednesday, February 29, 2012

Takdir

Hidup ini penuh dengan kejutan yang tidak disangka dan tidak tercapai akal.
Samada secara sedar atau tidak, secara perlahan-lahan atau tiba-tiba dan kemungkinan baik mahupun yang buruk.
Yang pasti, yang berlaku tetap akan berlaku, yang terjadi akan tetap terjadi(cewahh lirik lagu tuhh..hikhik)
Apa yang telah tejadi adalah takdir dan tersurat bukan lagi kebetulan.
Namun, kita perlu tahu yang mana takdir terbahagi kepada dua iaitu Mubram dan Mu'allaq.
Takdir Mubram adalah takdir yang tidak boleh diubah contohnya: Ajal
Takdir Mu'allaq adalah takdir yang boleh diubah contohnya: Laptop rosak maknanya boleh dibaiki (eh eh hentam jela..huhu)
Jadi, selagi sesuatu itu boleh diubah bermakna kita ada potensi kearah lebih baik.
Dalam hidup, kita haruslah mempunyai matlamat atau perancangan.
Hidup yang tiada matlamat adalah kehidupan yang sia-sia.
Apa yang kita telah rancang untuk dapatkan sesuatu itu sememangnya kita belum tahu ianya terbaik untuk kita atau tidak, tapi kita tetap perlu berusaha mendapatkannya dan bukan sekadar tawakal.
Kita merancang, Allah juga merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
Selepas berusaha barulah redha dan tawakkal.



~~ Sekadar memotivasikan diri sendiri kerana diri belum cukup baik dan masih mencari untuk menuju kearah kesempurnaan. Tidak mampu untuk menasihati orang lain, cuma mengingatkan antara satu sama lain kerana itu tanggungjawab kita semua sebagai khalifah bumi..~~

cantik hijau ni...sape la yang kreatif ni ye...emm :)

Monday, February 27, 2012

Tak Faham


Kadang-kadang apa yang kita cakapkan tidak sama dengan apa yang di dalam hati..
Kadang-kadang apa yang kita tulis tidak sama dengan apa yang ingin kita sampaikan..
Boleh jadi salah faham antara satu sama lain..Mungkin juga boleh jadi pelik.emmmm....
Walaupun kawan-kawan atau orang sekelilin  mengatakan yang mereka faham perasaan kita belum tentu dia faham sepenuhnya melainkan dia berada ditempat kita dan rasa apa yang kita rasa..


Kesimpulannya, hati kita mempunyai seribu macam rasa tetapi sukar untuk kita luahkan melalui perkataan atau penulisan..
Tiada siapa yang dapat membaca hati kita melainkan Yang Maha Pencipta..
Jadi, sebagai hamba kita perlulah berbalik kepada Dia..

>>Sangat-sangat teringin belajar psikologi..Kalau ada rezeki, nak sambung master bidang psikologi la. Ni salah satu contoh. (",)<<

Sunday, February 26, 2012

Lemah Lembut dan Tenang


Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)

~~ Semoga saya tergolong dalam golongan orang-orang yang bersifat lemah lembut dan tenang..~~Amin


Thursday, February 23, 2012

Pemakaian Menurut Islam



“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
canteknyeee cincin ni...heheheh
## isu memakai cincin timbul antara saya dan abang saya..katanya "takpayah la pakai cincin nanti orang taknak datang dekat, orang ingat dah berpunya.."...hukhukhuk pape jela....

Friday, February 17, 2012

WaLau

WALAU hebat mana pun dia..
WALAU pandai mana pun dia..
WALAU tinggi mana pun kedudukan dia..
WALAU berjaya mana pun dia..
WALAU berlitup mana pun pakaian dia..
WALAU selincah mana pun hujahan dia..
WALAU cemerlang mana pun pelajaran dia..
WALAU terkenal mana pun dia..
WALAU zuhud mana pun dia..
WALAU pendiam mana pun dia..
WALAU kuat mana pun dia..


Dia tetap memerlukan seseorang untuk sentiasa memberi peringatan dan tunjuk ajar kerana kita tidak sempurna yang selalu dan sering terlupa..
siapakah DIA...???
DIA itu adalah kita semua..hehehe peace yOoo..!!!

Thursday, February 16, 2012

BerpasanGan

Ada malam, ada siang..
Ada gelap, ada terang..
Ada panas, ada sejuk..
Ada lembut, ada keras..
Ada kanan, ada kiri..
Ada buka, ada tutup..
Ada baik, ada jahat..
Ada lebih, ada kurang..
Ada jauh, ada dekat..
Ada lurus, ada bengkok..
Ada hitam, ada putih..
Ada tenag, ada kelam..
Ada manis, ada pahit..
Ada besar, ada kecil..
Ada benar, ada salah..
Ada lelaki, ada perempuan...

dan dot dot dot...

Allah jadikan semuanya berpasangan..
Bagaimanapun, mestilah kita ingat bahawa janji Allah itu pasti..
kata David Teoh : "Bukan Janji Tap Pasti.."
 wehuuuu..!!! =D


Wednesday, February 15, 2012

Saya Kuat

sayakuatsayakuatsayakuatsayakuatsayakuat
sayakuatsayakuatsayakuatsayakuatsayakuat
sayakuatsayakuatsayakuatsayakuatsayakuat
sayakuatsayakuatsayakuatsayakuatsayakuat
sayakuatsayakuatsayakuatsayakuatsayakuat
sayakuatsayakuatsayakuatsayakuatsayakuat



 ## yeayyyy..!!! saya kuat... ##

BayanGan

Cuba bayangkan kita adalah hidupan di langit melihat keletah manusia yang bermacam-macam:

:: ada yang sibuk memasak
:: ada yang sedang makan dan minum bersama rakan taulan
:: ada yang bergelak ketawa
:: ada yang menonton TV
:: ada yang sedang mengaji
:: ada yang sedang solat
:: ada yang mendengar kuliah 
:: ada yang termenung
:: ada yang memikirkan masalah masing-masing
:: ada yang bersuka-ria
:: ada yang pergi pub
:: ada yang memancing

dan sebagainya.......

::::::: hemmmm.....geleng kepala dibuatnyakan...pape pun ape yang kte lakukan adalah mengharap redha Allah..insyaAllah ::::::::

Hati Saya


Saya ada hati,
Ini hati saya,
Hati saya warna merah,
Hati saya berbentuk emmmm....ape ek..??
love kot..eh eh yeke..?(hentam..)
Hati saya baik..(iyolahhh tu..)
Dalam hati saya ada perasaan..
Hati saya kuat macam batu..
Tapi bukan hati batu (degil..kadang2 ye)
Hati saya tabah (hopefully)


Friday, February 10, 2012

Sunnah Rasulullah SAW

Melakukan sunnah Rasulullah SAW sebaik mungkin dan sebanyak yang boleh.
Ini adalah salah satu cara untuk mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti..
Wallahu'alam..

Ayatul Kursi


:: Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua      orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

:: Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.

:: Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumha jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

:: Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 soalt fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

:: Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70, 000 malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

:: Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir solat, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

:: Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



myMetro | Bahagia atas riba

berkongsi rahsia kebahgiaan Tuan Guru.....
emmmm cmtu rupenye.. :)
klik pada link di bawah dan bacalah 


>>> myMetro | Bahagia atas riba <<<

Wednesday, February 8, 2012

Ayushita-Tuhan Beri Aku Cinta




Ayushita + Masyitah....
hahahhahha tak same pun...takboleh3x..

layan jugak lagu ni...
dengar banyak kali la cmni...
saje...hukhukhukhuk

Sunday, February 5, 2012

Doa




Ya Allah ya Tuhanku..
berikanlah aku kecintaan kepada ilmu..
supaya aku tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang jahil..

Friday, February 3, 2012

wahai MuSlimaH



"wahai MUSLIMAH kesayanganku..
sekiranya dirimu TIDAK dihadiri lelaki,
itu tidak bermakna dirimu TIDAK DIINGINI....
jangan khuatir kerana CINTA ALLAH itu SUATU yang SANGAT PASTI..
sesungguhya ALLAH sedang memelihara HATI dan JIWAMU
daripada DIKECEWAKAN dan didatangi perasaan RIAK.

DEKATKANLAH dirimu kepada ILAHI,
berilah cintamu pada yang memiliki CINTA,

PASTI CINTA SEJATIMU akan KAU TEMUI jua..
TAK USAH BERHARAP CINTA pada insan yang kau sendiri TIDAK PASTI..

jadilah seperti FATIMAH R.A,
MENDIAMKAN DIRI kepada lelaki yang kau SUKAI..
BERDOALAH kepada ALLAH..berdoa..... dan terus berdoa.....
InsyaALLAH, dirimu pasti DICARI..
berpeganglah dengan kata-kata ini : JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGAMU..

muslimah seperjuanganku..
Tak usah dirimu khuatir,
berbuatlah sesuatu kerana ALLAH,
dan bukannya kerana kritikan manusia,
kerana mereka juga hamba ALLAH..

walau dirimu TIDAK CANTIK di dunia,
walau dirimu TIDAK MENJADI SIULAN di dunia,
semoga dirimu MENJADI BUALAN DI SYURGA kelak,
semoga dirimu DIPANDANG DI SYURGA kelak.."


sape yg candid gmbr ni..?? tlg mngaku


Wednesday, February 1, 2012

Macam2 Hal

perjalanan ke klang dengan menaiki sebuah bas mengambil mase dalam 4jam la lebih kurang..

tetibe ade seorang gadis berfurdah menegur sy..rase malu plak ngn budak tu..

A : akak, nak tnye..kte turun kat mane ye..? sy 1st time ni..
B : Klang (jwpn ringkas)
A : nti turun sane kte same2 ye kak..
B : InsyaAllah..
A : akak nk pegi mane..?
B : Banting..
A : mak ayah tau..?
B : (terpinga2 pk soalan tu) eh..tau la..
A : ade ape akak pegi sane?
B : practical..
A : umo akak bape..? sy baru tingkatan 3
B : 25..(sepatah tnye sepatah jwb..mcm nak taknak je layan..taktau nape..sbb rase pelik sgt)
A : Oooo.........


lame terdiam.buat hal masing2..then..

A : nti dah sampai akak teman sy pegi tandas boleh..? sy nak bukak ni (sambil pegang niqabnye) sbb kawan sy ni tak kenal muke sy..
B : (terkedu) kwn laki ke pompuan..?
A : eh pompuan...akak jgn riso, sy tak kwn sgt ngn laki..

suasana sepi.......sy pun terlelap sekejap sbb penin pale plak..demam tetibe aritu (rindu kenangn kat BP kot :P)..bas benti kat R&R..sy pi tandas..then naek balek ke bas tgok2 budak tu dah tranform...(jeng jeng jeng)...perghhh..!! siyes laen sgt..dah ketat, dah singkat..

A : akak tgok sy cmni ..pasni akak jgn la pndang rendah pade smue yg pakai furdah ye..
B : (atur ayat) dik......akak sbnrnye respect ngn org yg pakai furdah..akak respect sgt..
A : (menitis air mate)...akak ckp cmtu buat sy sedih la..
B : (diam biarkan die layan prasaan)

setelah lame bersoal jawab dengan budak tu..
die pun cite mcm2..katenye die ade mslh kluarge...sbb tu die cmtu..
kurang kasih syg dan hnye dapat kasih sayang dr org luar..
die ke klang seorg diri untuk berjumpe seorg rakan FB merangkap awek abg kandungnye..
die kluar tanpa pengtahuan ibu bape..(tanpa izin)...

dipendekkan cite.....akhirnye abgnye sampai dan bawe die pulang ke rumah..




dunia dunia dunia........
pelbagai kesah yg berlaku..
Astaghfirullahal 'azim.......
kadang2 kte pk masalah yg kte hadap dah terlalu berat n besar..
sbnrnye ade org laen lg yg mpunyai masalah yg lebih berat..
muhasabah diri....
bersyukur dengan nikmat yg Allah beri..
jgn terlalu meminta sesuatu yg Allah takkan beri..
ape yg kte mahu tak semestinye dpt..
kte merancang Allah jg merancang tp Allah sebaek2 perancang...
wallahu'alam............


kte bukan naek bus ni la..hehhehe

Baiti Jannati

walau tak besar mane..
walau tak cantik mane..
walau tak siape tahu..


sy tetap rindu dan mau pulang ke kampung halamanku...
rumahku syurgaku.. (",)

kikiki rumah sape ni..??

SURATAN ATAU KEBETULAN - KENNY, REMY & MARTIN




suke la lagu ni.....
mendalam maksudnye....
penah dengar sorang ustaz ape tah tak ingt katenye
"dalam hidup ni ape yg dah terjadi adalah suratan bukan kebetulan.."