Pages

Saturday, December 17, 2011

Telefon Karat~~

kita biasa dengar perkataan tu kan..telefon karat adalah sejenis permainan yang amat femes sbb sgt mudah and happening(happening ke..?? huhuhu). Pemainnya adalah lebih dari sorg...lagi ramai lagi best..
permainan bermula dengan pemain pertama menyampaikan mesej kepada pemain kedua, pemain kedua menyampaikan mesej yg disampaikn oleh pemain pertama tadi kepada pemain ketiga dan seterusnya sehingga sampai ke pemain terakhir. Pemain terakhir perlu ucapkan mesej ape yg die terima...selalunya mesej yang diterima adalah lari dari ape yg pemain pertama sampaikan...confirm la kena gelak dengan semua kan kan kan...hikhikhik...

Sebenarnya ada mesej tersirat yang ingin disampaikan. Ianya adalah berkait rapat dengan fitrah manusia. Seseorang ingin menyampaikn pesanan kepada orang lain menggunakan orang tengah. Pesanan yang disampaikan kebiasaannya agak berlainan cara dan tidak semua yang ingin disampaikan itu sampai ke penerima. Hal ini boleh menyebabkan penerima salah faham. Bila berlaku salah faham, macam benda-benda lain lagi yg boleh berlaku. Ada yang baik dan ada yang buruk. Bagaimanapun terpulanglah kepada masing-masing bagaimana hendak menyampaikan mesej kepada yang lain dengan cara yang selamat. Apa yang paling penting adalah, apa yang kita hendak sampaikan sampai ke penerima. Kepercayaan adalah terletak pada diri masing-masing.

Wallahualam..~~

(tetibe rase nak tulis pasal ni pagi2 tadi.emmm cukup kot tuk arini..sambung wat keje lak...hehehe ok daaa..)

2 comments:

Nur Hatiku..... said...

skrg telefon xguna material besi la...guna plastik kot...smartphone pon bole=P eh de kena mengena ke...

GreeNL@dY said...

GalaXy TaB ke..? :P
emmm untunglaaa...