Pages




Friday, April 29, 2011

Maksud Bacaan Di dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Mahasuci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhanyang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidakmenyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segalapuji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi mahamengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya lepada Engkau kami mohonpertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orangyang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan merekayang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlahdarjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah sertakeberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allahyang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan akunaik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhankami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah sertakeberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allahyang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan akunaik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhankami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganyasebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahimdi dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telahEngkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yangtelah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orangyang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yangtelah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatanyang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalahyang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkansesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yangmemperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkaumusuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggiEngkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadapapa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun danbertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yangummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup keNeraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allahjadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami,kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidupmahupun yang telah meninggal dunia"

p/s : Hayatilah dan ingatlah maknanya kerana ianya akan

menambahkan kusyuk di dalam solat anda ... selamat mencuba

2 comments:

Nur Hatiku..... said...

saya suke part ni....tq2

GreeNL@dY said...

u r wlcome....
bile faham mksd insyaAllah solat lbh khusyuk...