Pages




Saturday, August 14, 2010

FITRAH MANUSIA

Kenapa fitrah manusia menghargai sesuatu apabila kehilangannya,
Kenapa nikmat usia disia2kan
Bila tahu umur singkat, jiwa menggelabah mencari memenuhi sesuatu yg tiba2 menjadi kosong
Pedih kerana segala impian dan cita2 duniawi seakan2 ‘menghilang’
Pilu memikul beban harapan dua org tua tersayang
Tapi takdir dan kudrat Tuhan menentukan segalanya
Apalah daya manusia sekerdilku
Yg hidupnya,matinya, amal ibadatnya, rezkinya dari dan utk Yg Maha Esa

Namun kalimah Alhamdullilah masih dilisankan
Kerana masih diberi Taufiq dan Hidayah
Harapnya masih terbuka pintu taubah
Harapnya masih berpeluang menambahkan ilmu dan iman yg senipis kulit bawang
Harapnya hati masih disimbah cinta Tuhan yg hakiki
Harapnya perjuangan diselarikan dengan perjuangan menegakkan kalimah Tuhan
Harapnya kudrat tersisa disalurkan kpd yg memerlukan

Ada tangisan disebalik senyuman
Salah satu illusi dunia

Seolah tersentak dari lena yg panjang
Nikmat dunia yg dikejar seakan2 hilang tarikkannya
Air mata tumpah di tikar sembahyang
Malam diulit tahajud keinsafan dan taubat
Takut berbaur berharap simpati Tuhan
Mengenang baki2 dosa sesama manusia
Harapnya dosa lebur di tapak tangan kemaafan

Seandainya ketetapanMu ini dilaksanakan
Harapnya cukup bekalanku
Bagi membela diri yg hina

Sekalung bunga penghargaan kepada sahabat2
Yg memberi kunci
Kepada pintu2 kebenaran
Yg memberi sokongan rohaniah
Hanya Yg Maha Esa mampu membalas

Tiada tuhan melainkan Allah
Dan Muhammad itu pesuruhNya
Harapnya syahadah suci terakhir yg ku ucapkan

0 comments: