Pages




Sunday, April 26, 2009

Jangan..!!

  • JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Cuma ada beberapa keadaan yang dimaafkan iaitu tertidur, terlupa dan gila.
  • JANGAN masuk ke bilik air atau tandas tanpa memakai alas kaki (selipar). Ini kerana dikhuatiri kita terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana di waktu pagi malaikat buka pintu berkat).
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati di dalam perjalanan tersebut.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan mata meliar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan dan kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. (alamak klu org yg mudah tergelak cmne ek??)
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Walau apa pun ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
  • JANGAN tegur..!!!(erk...itu filem la..dah masuk bab laen lak..huhuhu..)

Thursday, April 23, 2009

I Like This Song





Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


(pernah bagi nasyid ni kat murshid, mizi, uqbah, rai, dila n ramai lagi la kwn2..tak sgke plak uqbah publish kan kat kwn2 laen lagi..terharu lak rasenye...terase dihargai...mgkin lirik nasyid ni bermakne wat die kot..pape pun
tq my fren..ini utk semue kwn2..too deep)

10 Perkara Perbuatan Sia-sia

  1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  2. Orang yang kerapkali membaca Al-Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
  3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyyatul-masjid.
  4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
  5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke sesuatu kota, kemudian dia keluar lagi kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
  6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Wednesday, April 22, 2009

Kimia

Nak berkongsi ckit ngan semua..
Dulu penah present tajuk ni..
InsyaAllah ia berguna untuk kte..

KIMIA sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan kte seharian..
contohnya makanan dan minuman..
ia terhasil dari bahan kimia yg dicampur gaul untuk menambah kesedapannya seperti penambahan gula dan garam..
itu sekadar intro..

erti KIMIA ialah penukaran sesuatu benda kepada benda lain..
khasnya penukaran logam murah kepada perak atau emas..
KIMIA terbahagi kepada dua iaitu :


1) kimia jasmani
2) kimia rohani

1) KIMIA JASMANI
seorang Sarjana Amerika, iaitu Haider Bamm
et berkata :

Sekiranya kita menambah fakta ini, satu proses yang asas dalam kimia iaitu penyulingan adalah suatu penemuan umat Islam dan merekala
h yang pertama kali menggunakan kaedah-kaedah :

  • pemejalwapan
  • penghabluran
  • pengentalan
  • pengkupilan
Seperti yang kte semua tahu bahawa sememangnya umat Islam yang menemui dan memperkenalkan ilmu KIMIA pada mulanya. Tetapi kte belajar subjek KIMIA semua guna nama omputih sebab ilmu tersebut telah dicuri ketika peperangan.

2) KIMIA ROHANI
Membawa maksud pembentukan dan peningkatan rohani iaitu penukaran jiwa yang rendah dan resah menjadi tenang dan stabil.

Jiwa resah menjadi tenang.

Faktor jiwa kte menjadi resah ialah tekanan iaitu berpunca dari beberapa sebab seperti kegagalan dalam peperikasaan, kecewa dengan sesuatu, kekalahan dalam perlawanan dan sebagainya.

Jadi proses bagi jiwa resah menjadi tenang ialah seperti berikut :


Penerangan berdasarkan gambarajah.

  • RESAH - ketika kte di waktu ini, kte perlu membace Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah mukjizat, penawar dan juga ubat. Selain itu, kte juge perlu berzikir kepada Allah SWT. Tetapi, terdapat juga sesetengah golongan yang hadapinya dengan cara menyanyi, menjerit, memukul, memarahi, memberontak dan sebangainya. Lebih dahsyat lagi ada juga yang sanggup membunuh diri..Astaghfirullah..
  • PROSES - kawasan ini adalah kawasan suatu proses hati yang berlaku untuk berubah menjadi tenang.
  • TENANG - ketika ini adalah proses yang sudah terhasil berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.
Kesimpulan

Sebenarnya kte memang tidak lari dari kesusahan, kegusaran, keresahan, kebingungan, dan semua ke....an yang negatif. Bacalah Al-Quran dan berzikirlah kepada Allah. Apabila kte di dalam kesenangan, keseronokan, kegembiraan, keharmonian dan semue ke....an yang positif kte ingat pada Allah, InsyaAllah ketika kte ke....an yang negatif Allah ingat pada kte dan membantu kte. Janganlah terlalu berduka
apabila kte tidak memperoleh sesuatu yang kte inginkan kerana Allah akan beri apa yang kte perlu bukan apa yang kte mahu. Mungkin juga apa yang kte mahu itu adalah apa yang kte perlu. Jadi kte sentiasalah berdoa pada yang Esa.

Apabila kte berdoa kte akan hadapi 3 situasi seperti berikut :
  • doa diterima - bermakna Allah sayang pada kte.
  • doa dilambatkan - bermakna Allah sedang menguji kte.
  • doa ditolak - bermakna Allah mempunyai perancangan yang lebih untuk kte.
Akhir kata, percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. InsyaAllah Dia akan membantu kte dari segala aspek. Perlu diingat bahawa kte adalah asbab kepada apa yang berlaku.

Friday, April 10, 2009

Marah


Selalunye org yang di atas akan memarahi orang bawahannye.

Contohnye supervisor memarahi technician nye, emak memarahi anaknye..

Ehhhh…mcm2 la..

Marah ni sebenarnye adalah lahir dari hati..

Apabila syaitan dah masuk dlm hati, hati kte jadi panas.

Marah adalah api.

Syaitan adalah api.

Api itu panas.

Padamlah api dengan air yakni wudu’.

Bile kte rase nak marah, kte perlu kawal. Marah juge ialah nafsu.

Nafsu adalah musuh yang paling hampir dengan kte.

Apabile nafsu sudah menguasai diri, ia akan memusnahkan diri kte sendiri.

Jadi kte perlu belajar mengawal nafsu jgn sampai nafsu yg mengawal kte..

Antare care mengawal marah :

  • Membace ta'awwuz
  • Membace al-Fatihah
  • Membace ayatul Kursi
  • Membace surah Toha (ayat 1-5)
  • Selawat keatas Nabi Muhammad SAW
org kate klu suke marah cepat tue..
sbb bile kte marah muke kte berkerut..
apabile muke kte berkerut, otot2 muke kte mule mengendur..
jadi muke kte akan kelihatan lebih tue dari umur sebenar..
bile kte marah juge toksin makin bertambah di dalam badan..
bile toksin bertambah, kte akan mudah mendapat sakit..
senyum2 la selalu..hehehehehe..

WALLAHUALAM..

Suka2 je..

Bestnye hari ni…
Akhirnye capai jugak hajatku utk basuh moto..wahahaha…
Dah lame tak basuh sbb asik bz je..
Ade je bende nak buat..(konon..)
Yihaaa…!!!
Moto ku kini berkilat bersinar..
Dgn banggenye aku berjalan kesane kemari..
Dengan muke yg quite hapy dan sengih2 sendirian..
Mesti ade mate yg memandang dgn wajah kehairanan..
Sambil bermonolog.

Sian budak ni. Tgah mgembirekan hati sendiri agaknye. ”

Ahh…..Lantak la org nak kate ape ye tak..??

Hohohoho…
Asal hati happy sudah..
Adoi..ape la aku ni..hunuzzon la ckit..
Prasan je ade org nak pandang..
Depe pun ade keje depe sendiri..hek eleh….


Minggu depan dah nak convo..

14/4 rehearsel..
Baju baru je siap..
Rasenye aku nye baju la yg quite simple if compare with others..
Nak voke sangat segan, nak simple sangat pun segan..
Ish….mcm tak bersyukur lak..
Takpela trime jela klu itu yg terbaek..
Ape daaa…hohohoho..
Ok2 muhasabah diri blek..