Pages




Saturday, May 12, 2012

Orang zaman sekarang...

Orang zaman sekarang lebih memperlekehkan:


  • seseorang yang buta IT berbanding yang buta tentang Islam
  • berpakaian era fesyen terkini berbanding berpakaian menutup aurat
  • perkara yang mengikut adat berbanding perkara yang mengikut syariat 
  • kermahuan berbanding keperluan
%% Walau bagaimanapun mereka, kita sebagai seorang yang berilmu, didiklah diri supaya melakukan sesuatu itu tidak terkeluar dari perintah Allah SWT..Wallahu'alam. %% 


Thursday, May 10, 2012

Pengajaran dari Pohon semalu



Pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.

  • Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


  • Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


  • Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


  • Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Ilmu



  • orang yang mempunyai ilmu lebih baik dari orang yang tidak mempunyai ilmu langsung...






  • orang yang tidak mempunyai ilmu langsung tetapi dia usaha mencari ilmu adalah lebih baik dari orang yang tidak mempunyai ilmu dan langsung tiada usaha untuk mencari...






  • orang yang mempunyai ilmu yang sedikit dan mengamalkannya adalah lebih baik dari orang yang mempunyai ilmu yang banyak tetapi langsung tidak mengamalkannya...



## Walaupun kita sudah mempunyai ilmu, kita juga perlu menambah dan jangan terlalu selesa dengan apa yang sudah kita ada. Ilmu itu luas. Dimana-mana sahaja kita boleh memperolehinya. Janganlah kau bosan untuk mencari, menimba dan memantapkan ilmu....##


~~ alololo..tomenyeeee tucing nieee...hik3..~~