Pages




Monday, April 23, 2012

Isteri Cerdik Yang Solehah




>>Semoga saya menjadi salah seorang daripada isteri yang solehah..suatu hari nanti<<


Harinya akan tiba, hanya Allah sahaja yang tahu.....


~~~~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...~~~~

Ya Allah Ya Tuhanku,
aku merendah diri di hadapanMu,
aku memohon,
Jika dia tercipta untukku,
janganlah Engkau berbolak-balikkan hatinya...
tetapkanlah Imannya..tetapkanlah hatinya..
dekatkanlah hati kami..
mudahkanlah perjalanan kami menuju ikatan yang sah
yang diredhai dan dirahmati olehMu....


Berikanlah kami cintaMu 
supaya kami dapat bercinta hingga ke syurga...
kami ingin menuju syariatMu...
hanya Engkau yang ku sembah,
hanya padaMu jualah aku meminta pertolongan..
Istajibillahumma du'a ana......


Amin Ya Rabbal'alamin.... 

Thursday, April 19, 2012

Hidup ini....

hidup ini ibarat bermain 'explorace'...
setiap perjalanan perlu mencari 'check point' yang mana kita akan diberi tugasan yang perlu diselesaikan hingga berjaya.. barulah kita akan diberi tugasan dan arahan seterusnya. 
Dalam perjalanan ada banyak cabaran, perlu tabah menghadapi setiap cabaran mendatang. Jika tidak mengikut arahan, kita akan sesat di tengah jalan.
Yang pasti destinasi yang dituju adalah sama.. Kepada sesiapa yang berjaya akan dapat hadiah yang dijanjikan..
~~ Janji Allah itu Pasti..~~
"...hanya Allah yang tahu..."

Monday, April 16, 2012

Pilihan





Dalam hidup ini, kita semua tidak dapat lari dari membuat pilihan..
Pilihan dan kekeliruan tidak semestinya soal jodoh.


Tetapi merangkumi semua perkara :
1) nak masak apa untuk keesokan hari..
2) nak pergi kerja naik apa..
3) nak cari kerja berjawatan apa...
4) nak makan apa untuk harini..


dan bermacam2 lagi... Jadi, untuk membuat pilihan tersebut kadang2 mengalami kesukaran untuk memilih..
Penyelesaiannya adalah istikharahlah.. Allah akan beri kita jawapan kepada kita...
InsyaAllah..

SOLAT ISTIKHARAH