Pages




Saturday, July 23, 2011

sYuKuR..~~~

walau sekecil mane pun nikmat yg Allah beri......
jgn la kte lupe menyebut alhamdulillah sebagai tande syukur kte padaNya....
bermakne kte berterime kasih pada Allah, ia menunjukkan yg kte tidak sombong dan sentiase bersyukur....
oleh itu kte juge tidak akan terlalu berharap sesuatu yg besar ganjarannya untuk kte kecapi....
cukup la sekadar ape yg kte peroleh...
kerana itu sudah memadai...
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui seisi dunie..
kte manusia biase yg mempunyai tahap pemikiran yang terhad..
ade bnde yg tak tercapai oleh akal....
kemungkinan nikmat yg besar itu bisa menghancurkan kte..
manakala nikmat yg kecil itu la yg membawe kte kepada jalan yg di redhaiNya....
tiade ape yg kte harapkan d dunie ini melaenkan MARDHATILLAH.....
dunie yg sementare sbg persinggahan untuk kte tempat yang abadi...~~
insyaAllah.........


sujud syukur padaMu ya Allah~~

Wednesday, July 20, 2011

The Second Child Syndrome

 

Sindrom Anak Kedua atau ‘The Second Child Syndrome'. Anak kedua dikatakan lebih degil,keras kepala dan tidak mendengar kata. Walaupun jarang masyarakat kita memperkatakan mengenai sindrom ini, mungkin kerana kekurangan maklumat atau menyedarinya sebahagian daripada ragam si anak, sedar atau tidak, hakikatnya ia turut membelenggu ketenteraman hidup berkeluarga. Sindrom anak kedua boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Mengapakah ia terjadi dan apakah sukar untuk menangani kerenah anak kedua? Kami cubamengupasnya dengan bertanyakan pendapat pakar dalam bidang berkaitan untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang kepada sindrom ini serta langkah mengatasinya serta pendapat ibu-ibu untuk berkongsi pengalaman mereka. Berlaku kerana kehamilan tak dirancang - Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi " Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang.
Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat "Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan. "Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia. "Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia.
Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak. Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.
Anak Kedua Lebih Fleksibel - Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. "Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap ‘sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah.
Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. Berdikari dan degil Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri.
Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter. Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak. Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.
~~~saya kah orang itu...??? wawawawa~~~

Tuesday, July 19, 2011

PesOna duN!a


Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala

Sehingga terlupa 'kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman

Untuk menguji keimanan

Akhirat nanti yang menentukan

Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari

Sedangkan ia 'kan ditinggal pergi

Apalah gunanya harta di sisi

Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari

Bagaimana pula di sana nanti

Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa

Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia

Belum tentu membantu kita

Menjadi bebanan dan menyusahkan

Kasihku abadi..~~


Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

Thursday, July 14, 2011

keTENANGankah...??

teringat kate2 sahabat sy..."...hati kte saket sbb kte tak jage ati kte sndri..."
begitulah.....~~~

sy mencari inisiatif...alhamdulillah tenang mendengar ceramah2 ustaz azhar idrus.......
sekiranya kawan2 ade ceramah2 yang leh dengar online sila la share same sy ye....
mekaceh byk2..~~~~


senyum seindah suria.. (^_^)

MHI

Pagi tadi tah macamane terbuke ati nak tgok MHI.....
tetamu yang hadir adalah seorang doktor yang menerangkan tentang kesihatan..
beliau lebih menerangkan tentang kesihatan mata...
tapi, beliau ada menyelitkan sedikit motivasi..


"....Jika kita ingin kaya, kayakan orang lain...
Jika kita ingin sihat, sihatkan orang lain...
Jika kita ingin bahagia, bahagiakan orang lain.... "

maknenye...jika kita menginginkan sesuatu, tunaikan lah pada orang lain semoga apa yang kita lakukan untuk orang lain itu dapat tempiasnya pada kita..namun, kita kene la ingat bahawa lakukan sesuatu yang baik itu perlu lah ikhlas dan jgn mengharapkn pulangan yg setimpal...ikhlas itu rahsia Allah...Allah lebih mengetahui seisi dunia...

emmmm benarlah bagai dikate.....insyaAllah..~~~senyum2 slalu... :)


bunge ini santek..hek3 takde kaitan ngn entry pun..ade sape2 kesah..??
emmm takde2...

Fakta Tentang Coklat

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:”…coklat boleh dimakan secara sederhana.”

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: “Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan.” Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

this is my favorite chocolate brand..~~~ :)


Monday, July 4, 2011

Al-Quran Teman Di Kubur

[Al-Quran.JPG]

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :


"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :


"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.


Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Friday, July 1, 2011

musibah

kadang2 kita hanya fikir yang kita hampir tidak sanggup menerima ujian dan dugaan yg menimpa..
kadang2 kita mempertikaikan kenapa dugaan itu menimpa diri kita dan tidak pada org laen..

haruslah kita ingat bahawa setiap musibah dan dugaan itu datangnya dari Allah..
Allah memberi musibah itu ada sebab dan alasan tersendiri yang mana kita sendiri tidak dapat untuk rungkaikannya. bersyukurlah kepada apa yang Allah beri pada kita...~~~~