Pages




Saturday, June 18, 2011

TIGA KATEGORI MUSIBAH


DOA DITIMPA MUSIBAH

FIRMAN Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Dalam erti kata lain, setiap musibah yang diturunkan oleh Allah terhadap hambanya mengikut amalan dan tingkat darjat mereka.

Maka setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Penasihat Agama, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara, Khairia Ismail, musibah dikategorikan dalam tiga jenis iaitu kafarah, bala dan ibtila’ mengikut amalan dan ketaatan umat Islam.

Musibah kafarah berlaku ke atas orang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian atau kealpaan dan gagal mengawal nafsu.

Denda ini diberi oleh Allah kepada hambanya sebagai tebusan dosa kerana dosa yang dilakukan tanpa dirinya menyedari dan tidak diketahui oleh orang lain misalnya bercakap perkara yang menyakitkan hati pendengar walhal dirinya tidak menyedari butir bicaranya menyebabkan orang berkecil hati.

Bagi musibah bala pula, ia adalah ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan dan diturunkan sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak.

Misalnya kisah Firaun yang ditenggelamkan dalam Laut Merah dan Qarun yang ditenggelamkan bumi bersama-sama harta karunnya.

Musibah ibtila’ berlaku ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah bagi meninggikan darjat hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.

Selain itu, umat Islam juga harus sentiasa memenuhkan fikiran mereka dengan ilmu Allah melalui pembacaan al-Quran, berzikir dan melakukan amalan yang disuruh dalam Islam.

Pengisian yang kosong dalam fikiran manusia akan memudahkan syaitan masuk bagi mengawal akal fikiran.

Inilah yang menyebabkan pelbagai perkara berlaku selepas menghadapi kemalangan jiwa atau bencana misalnya trauma berpanjangan dan lebih parah lagi apabila menghadapi gangguan mental, skizofrenia.

Lemah semangat dan mudah berputus asa harus disingkirkan dan jangan leka dengan membiarkan diri tanpa pengisian yang lengkap.

Justeru, bagi umat Islam, harus perbanyakkan solat, membaca al-Quran dan berwirid.

“Jangan lupa pada Allah walau sedetik pun kerana ia adalah penyembuh kepada penyakit khususnya trauma.

“Al-Quran adalah pendinding diri yang paling baik bagi mereka yang tidak mempunyai semangat dan mudah berputus asa,” katanya.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 153 bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”

Tambahnya, ayat Kursi sesuai dijadikan pendinding untuk diamalkan sebagai satu cara berlindung daripada pelbagai perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jiwa.

“Bagi ibu bapa yang sedang membantu anak mereka dalam menghadapi trauma, pastikan supaya mereka tidak mengingatkan anak dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya atau apa saja kejadian yang menyebabkan kematian.

“Ini akan menyebabkan mereka teringat pada kawan mereka yang meninggal semasa kejadian.

“Selain itu, bawa mereka jauh dari tempat kejadian agar dapat meninggalkan kisah pahit itu dalam usaha memberi semangat dan motivasi kepada diri anak yang menghadapi trauma,” katanya.

Monday, June 13, 2011

Keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim.


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat kelebihan pahala ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.


Saturday, June 4, 2011

SaBar


jangan hanya menjadi orang yang sabar

menahan kesakitan dan keperitan...

jadilah orang yang sentiasa bersyukur,

sentiasa berfikiran jauh dan terbuka...

~~ goODLucK MasYitaH...~~

Wednesday, June 1, 2011

KeredhaanMu - InTeam


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih