Pages




Friday, December 31, 2010

Yakjuj Wa Makjuj



Tahukah anda bahawa di sebalik pembangunan dan kemodenan di seluruh pelusuk dunia pada hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Makhluk itu dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj.

Kewujudan dua makhluk itu adalah benar dan sahih kerana ianya dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.Mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.

Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:

“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Thursday, December 30, 2010

...

~~ TanPa keBeraNian miMpi tiDak beRmaKNa...~~

($oaL h@T!)

Wednesday, December 29, 2010

Wanita Pertama Masuk Syurga Sebelum Anak Rasulullah S.A.W

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah SAW yg mempunyai budi pekerti yg baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yg akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yg miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yg dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yg Rasulullah SAW maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yg bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah SAW menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yg belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yg seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yg terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah di ceritakan di atas, dapat di lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yg bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami tercinta, nescaya akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi ALLAH SWT kerana keredhaan ALLAH SWT adalah keredhaan suami anda.

Dan ingin di titipkan juga di sini suatu ayat yg bermaksud:

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Sunday, December 26, 2010

Dot Dot Dot...bukan DOt Dot Dot..

meluangkan mase untuk Allah..
bukan menunggu mase terluang untuk Allah..

mencari hidayah Allah..
bukan tunggu hidayah Allah..

berusaha dapatkan ape yg kte inginkan..
bukan hanya menunggu takdir yg menentukan sgale2nye utk kte..

bile kte xdpt ape yg kte inginkan, kte kene tau Allah ade yg tbaek tuk kte..
bukan myalahkan takdir..

perkare yg buruk blaku atas kte, kene redha..
bukan murung bpanjangan..

perkare yg baek blaku atas kte, kene bsyukur..
bukan bangge, riak atau takabbur..

mjadi khalifah bumi yg btaqwa dan b'iman kpd Allah..
bukan kufur..

tenanglah hadapi ujian Allah..
bukan gelabah..

tenung kesilapan dan kekurangan diri..
bukan kesilapan atau kekurangan org laen..

ubah nasib diri yg mundur..
bukan biar diri dlm kemunduran..

bangun disaat kte jatuh..
bukan biar org pijak kte..



Pandang & Dengar

memandang laut yg terbentang luas...
terase yg aku masih jauh lagi perjalanan dlm idup ni untuk mcapai ape yg blom tercapai..

mendengar burung yang sedang berkicau terbang tinggi di awan..
terase yg aku bebas berbuat ape di bumi ini tetapi ade batasan..

menggenggam pasir yang dibasahi lautan..
mgenangkan dosa2 kecil yg lalu...menginsafi diri.

terase angin yang sepoi2 bahase..
dingin sekali terase spt smue mslah telah dibawa pergi bersama angin..

Thursday, November 11, 2010

DeBu-deBu DoSa




Debu-Debu Dosa

Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid



Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Sunday, November 7, 2010

sePotonG liRik..


"....CInTa iTu boLeH diUmpaMakaN
baGai maKan saMbaL beLacaN....

WaLau peDaS hinGGa menGaLir aiR maTa
maSIh maHu dimaKaN juGa..

CinTa janGan diBuat MacaM goRenG piSanG..

sunGGuh eNak maKan biLa paNas-paNas..
biLa ia seJuK jaDi kuRang eNak...hohoho..
hiLanG seDaPnyA.........."

Saturday, November 6, 2010

PeR..............

.......perketatkn yang longgar

.......perteguhkan yang goyah

.......perkuatkan yang lemah

.......percepatkan yang lambat

.......persiapkan yang kurang

.......perbetulkan yang salah

.......perelokkan yang buruk

.......perkemaskan yang berselerak

.......persusunkan yang bersepah

.......percantikkan yang hodoh

.......perbaikkan yang jahat

.......permudahkan yang sukar

Tuesday, November 2, 2010

HiLanG....

kata bijak pandai,
apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Justeru, pesan bijak pandai lagi,
pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang...


(semoga jodoh aku adalah golongan orang-orang yang terbaek dari kalangan yang terbaek.. ~~insyaAllah..~~berdoa dan berusaha..amin~~)

Wednesday, October 27, 2010

MeRenunG SeJenaK

cube kte renung sejenak...
fikir2kan tentang kesalahan yg kte lakukan arini..
sudah semestinye kte akan jumpe sekirenye kte mencari..
sbb kte manusia biase yg tak lari dari buat kesalahan...

manusia kebiasaannye agak payah untuk menerime atau nmpak kelemahan
diri sendiri lebih2 lagi bile ditegur oleh org laen ttg kelemahan kte itu..
tp bile kesalahan atau kelemahan org laen, sgt senang die nmpk..
sbb die sering mencari...

kte jgn la sering menyalahkn org lain atau
mencari keburukan org laen demi menjage nama baik sendiri...
sesungguhnye, orang yg sering mencari kesalahan orang sbnrnye
menambah keburukan pada diri sndiri...

WALLAHUALAM...


Sunday, October 24, 2010

love

Friday, October 15, 2010

JanGAn maRah..

Rasulullah SAW berpesan supaya jangan marah......
bukan pendam perasaan marah..

SEBAB :
bile kte memendam perasaan marah, kte akan menyimpan perasaan dendam..
sikap dendam boleh memakan diri..
ibarat api dalam sekam...pendam lame2 die akan jadi bara yg sangat panas...

itu la sbbnye kte dpesan supaya jgn marah bukan pendam kemarahan..



Thursday, October 7, 2010

Ape Punce Pokok Bergoyang..????

peribahasa : kalau tidak ditiup angin masakan pokok boleh bergoyang..??

>>>>peribahasa manusia yang cipta,jadi ia juge boleh diubah oleh manusia juge selagi tidak melanggar fitrah manusia....pokok bergoyang tak semestinye punce dari angin...boleh jugak punce dr pihak2 laen..mugkin atas pokok tu ade monyet ke tikus ke biawak ke gajah ke zirafah ke yg mampu menggoyangkan pokok tu ye tak..???mungkin jugak ade badak tolak2 pokok tu sampe pokok tu bergoyang..sampe tumbang pun boleh..jadi jgn la anggap hnye krn angin pokok boleh bergoyang....

>>>>wahai masyitah....!!!!!! sedarkan lah diri anda supaya tidak terus terleka dengan asyik duniawi...jgn asyik membenarkan ape yg salah...jgn asyik mecari kesalahan orang laen untuk menutup kesalahan diri sendiri....(peringatan untuk diri ku yg sentiase dibuai2 bnde yg melekakan..)

Thursday, September 30, 2010

Emmmm

BELAJAR DARI KESILAPAN LALU...
MASYAALLAH....
HEBATNYA UJIANMU..~~~~~~

Thursday, September 16, 2010

Hard

hard to tell it
hard to express it
hard to share it
hard to explain it
hard to know it
hard to give it
hard to take it
hard to turn it back


Our speak are not always able to deliver what deep inside of heart
Although it's hard, i have do the best what i have to do
That was just what i able to do

Tuesday, September 14, 2010

Terase

TERASA sgt sedih bile DIBENCI

TERASA sgt hina bile DIKEJI

TERASA sgt pilu bile DIMARAHI

TERASA sgt tertekan bile tidak DIPEDULI

TERASE sgt marah bile DITINDASI

TERASE sgt tercabar bile DICABARI

TERASA sgt gembire bile DISAYANGI

p/s : hehehe....sy syg awak tau..
sy hargai stiap pgorbanan n perhatian awak..
thanks a lot coz u make me smile and back my happiness.. :)

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H





Sunday, August 22, 2010

IBADAH PUASA

Firman Allah Taala:

.. وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ..

" .. dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar .. "(1)

Menurut huraian ulama' rahimahumullah "rukun puasa" dua perkara. Pertama: Niat, dan kedua: Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa, mulai dari masa terbit fajar hingga matahari terbenam.

_________________________

Ayat 187, Surah al-Baqarah.

Masalah Niat

Masalah niat dan keterangan hadith mengenainya yang menjadi dalil bahawa nilai segala amal adalah berdasarkan niat, telah dihuraikan dalam "Mastika Hadith" jilid kedua. (1)

Niat Puasa Ramadhan

Mengenai puasa Ramadhan, masa berniat ialah pada waktu malam (sebelum terbit fajar), pada tiap-tiap malam.

______________________________

1. Hlm. 109.



Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

18- عَنْ حَفْصَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يُبَيِّتْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ. (رواه الترمذي وغيره)

18- Dari Hafsah, Ummul Mukminin r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang tidak berniat pada malam hari - sebelum terbit fajar (untuk berpuasa pada hari esoknya) maka ia tidak dikira berpuasa" (1)

(Riwayat Tirmizi dan lain lainnya)

___________________________

Ibanat al-Ahkam (2:376). Menurut Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban hadith ini Hadith Sahih.

Menurut huraian ulama' rahimahumullah wajibnya berniat pada waktu malam ialah bagi jenis-jenis puasa yang difardhukan iaitu puasa Ramadhan; puasa nazar, puasa kifarah dan puasa qadha.

Sebaliknya tidak diwajibkan berniat pada waktu malam bagi jenis-jenis puasa sunat, kerana Rasulullah s.a.w. pernah mengerjakan puasa sunat dengan memulakan niatnya pada siang hari seperti diterangkan dalam hadith yang berikut:

19- عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ فَقُلْنَا لَا قَالَ فَإِنِّي إِذَنْ صَائِمٌ. (رواه مسلم)

19- Dari `Aisyah r.a., katanya: Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk sambil bertanya kepada saya, sabdanya: "Adakah kamu menyimpan sesuatu (untuk dimakan)?". Kami menjawab: "Tiada (sesuatupun)." (Mendengarkan itu) Baginda bersabda: "Kalau begitu, Aku berpuasa .."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini alim ulama', rahimahumullah menyatakan, seseorang yang mengerjakan puasa sunat, boleh berniat pada siang hari apabila ia melakukan yang demikian sebelum gelincir matahari dan ia pula tidak makan dan tidak minum sesuatu pun selepas terbit fajar hari itu dan tidak melakukan sesuatu yang membatalkan puasa. (2)

____________________________

1. Kitab yang sama (2:377).

2. Lebih lanjut, lih. Sabil al-Muhtadin (2:132).

Penjelasan Mengenai Niat Puasa Ramadhan

Orang yang hendak berpuasa Ramadhan, wajib berniat pada malam hari sebelum terbit fajar. Jika ia tidak berbuat demikian, tidak sah puasanya.

Tempat " niat" itu ialah dalam hati dan inilah yang wajib dilakukan - yakni berniat dalam hati. Jika tidak, batallah puasa itu.

Tentang "melafazkan niat" dengan mulut, maka itu adalah sunat hukumnya kerana "lafaz niat" itu dapat menolong hati.

Perkara Yang Wajib Diniatkan Dalam Hati

Sekurang-kurang niat puasa Ramadhan hendaklah diingat - dihadirkan dalam hati:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ رَمَضَانَ.

"Sahaja aku puasa esok hari (untuk menunaikan fardhu) Ramadhan (1)

Tetapi yang lebih Sempurna (meliputi perkara yang wajib dan yang sunat) hendaklah diniatkan seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى.

"Sahajaku puasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Taala".(2)

Syarat-Syarat Wajib Puasa

Syarat-syarat yang mewajibkan puasa ialah: Islam, baligh, berakal dan berkuasa mengerjakannya (kecuali ia sakit atau terlalu tua umurnya atau sesuatu uzur yang dibenarkan oleh syarak).

Syarat-Syarat Sah Puasa

Syarat-syarat yang mengesahkan puasa ialah: Islam, berakal, suci daripada haid dan nifas dan mengetahui hari yang dibenarkan berpuasa padanya.(3)

Puasa Kanak-Kanak

Meskipun kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan sembahyang dan puasa Ramadhan, tetapi ibu bapa atau wali warisnya bertanggungjawab menyuruhnya mengerjakan ibadat yang asasi itu sehingga menjadi sebati kepadanya semasa ia masih tunas muda.

Mengenai sembahyang, Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan ibu bapa dengan sabdanya yang bermaksud: "Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang semasa mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka - jika mereka meninggalkan sembahyang - semasa mereka berumur sepuluh tahun.(4)

Demikian juga halnya puasa kanak-kanak apabila sampai had umur yang tersebut. Mereka dikehendaki melatihnya berpuasa dengan memujuk. (Jika ada yang tidak dapat meneruskan puasanya kerana lapar dan dahaga, bolehlah ia berbuka puasa pada saat itu).

Latihan yang demikian telah diamalkan oleh orang-orang Islam dalam zaman Nabi s.a.w. seperti yang tersebut dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Al-Rabi' binti Ma'ud, r.a.h. (5)

Perkara-Perkara Sunat Semasa Mengerjakan Puasa

Menurut huraian ulama' rahimahumullah, perkara-perkara yang disunatkan melakukannya semasa mengerjakan puasa itu banyak, di antaranya ialah melambatkan makan sahur, menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya, membanyakkan bersedekah, membanyakkan membaca Al-Qur'an, mengerjakan sembahyang tarawih - sama ada dengan anak isteri di rumah atau dengan sidang jamaah yang lebih ramai di masjid dan juga sunat membanyakkan berzikir dan beristighfar, dan beri'tikaf di masjid. Semuanya ini diterangkan dalam hadith-hadith yang berikut:

___________________________

1. Kitab yang sama (2:133).

2. Kitab yang sama (2:133) dan Raudhah al-Thalibin (2:350).

3. Supaya tidak berpuasa pada hari yang diharamkan mengerjakan puasa padanya.

4. Hadith Hasan - Riwayat Abu Daud. Nas hadith ini dengan lebih lanjut ada disebutkan dalam "Mastika Hadith" jilid kedua, hlm. 74.

5. Fath al-Bari. (5:104).

Melambatkan Makan Sahur

20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً. (رواه البخاري ومسلم)

20- Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersahurlah kamu, kerana makanan sahur itu mengandungi berkat. "(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalimah "berkat" itu ertinya kebaikan yang banyak. Kerana orang yang mematuhi perintah ini akan beroleh banyak faedah daripadanya, sama ada ketika ia bangun makan sahur atau ketika ia berpuasa pada esok harinya.

Berkatnya itu jelas.

Pertama: Menjadikan orang itu mendapat peluang semasa bangun makan sahur pada waktu jauh malam untuk mengerjakan sesuatu amal ibadat dan berdoa, kerana saat itu sangat-sangat makbul doa padanya, lebih-lebih lagi kalau ia meneruskan ibadatnya hingga terbit fajar.

Kedua: Ia akan bangun pagi dalam keadaan segar dan bertenaga dalam menghadapi puasanya.

__________________________

Fath al-Bari (5:41) dan Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi (7:206).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

21- عَنْ أَنَسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً. (رواه البخاري)

21- Dari Anas, dari Zaid bin Thabit r.a., katanya: "Kami telah makan sahur bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w., kemudian Baginda bangun mengerjakan sembahyang."

(Anas berkata): Aku pun bertanya (kepada Zaid): "Berapa lamanya antara azan (Subuh) dengan masa makan sahur? Ia menjawab: Kira-kira sekadar membaca lima puluh ayat" (1)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

Menurut huraian al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani, rahimahullah lima puluh ayat al-Qur'an yang tersebut ialah yang pertengahan - bukan ayat yang panjang-panjang dan bukan pula pendek-pendek.

Bacaannya juga bukan terlalu cepat dan bukan pula terlalu lambat.

Menurut Imam Nawawi, rahimahullah.: "Hadith ini menggalakkan supaya kita melambatkan masa makan sahur (sehingga ke peringkat yang akhir) sebelum terbit fajar". (2)

Yakni sebelum saat "imsak" yang sedia diketahui oleh umum.

_________________________

1. Fath Al-Bari (5:40).

2. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (7:207).

Menyegerakan Berbuka Puasa

22- عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ. (رواه مسلم)

22- Dari Sahal bin Sa'ad r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang ramai masih berada dalam keadaan baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa (setelah masuk waktunya)."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Yakni perbuatan menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya adalah digalakkan oleh Islam dan peraturan ini sayugialah dipatuhi, supaya mendapat pahala yang dijanjikan.

_________________________

1. Kitab yang sama (7:207).

Masa Berbuka Puasa

Masa berbuka puasa diterangkan dalam hadith yang berikut:

23- عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ. (رواه البخاري)

23- Dari Umar bin al-Khattab r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila tiba waktu malam dari arah sini dan beredar waktu siang dari arah sini serta tenggelamlah pula matahari, maka (dengan yang demikian) telah berbukalah orang yang berpuasa (kerana telah masuk waktunya)"(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

________________________

Fath al-Bari (5:98).

Berbuka Puasa Dengan Buah Kurma

Disunatkan juga berbuka puasa dengan buah kurma (tamar) seperti yang diterangkan dalam beberapa buah hadith. Di antaranya hadith yang berikut:

24- عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ الضَّبِّيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنَّهُ بَرَكَةٌ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرًا فَالْمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُورٌ. (رواه أبو داود والترمذي)

24- Dari Salman bin `Amir al-Dabiy r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila seorang dari kamu berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma, kerana buah kurma itu ada berkatnya (banyak khasiatnya). Kalau orang itu tidak dapat buah kurma maka memadai juga dengan air sejuk, kerana air itu bersih lagi membersihkan".(1)

(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Perintah Baginda supaya umatnya berbuka puasa dengan buah kurma ialah perintah sunat, malah Baginda sendiri mengamalkannya seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut, (maksudnya): Biasanya Rasulullah s.a.w. berbuka puasa - sebelum sembahyang - dengan beberapa biji buah kurma yang masih basah dan ranum (rutab), kalau tidak dapat, Baginda berbuka dengan beberapa biji buah kurma yang sudah kering (tamar), kalau tidak dapat juga, Baginda berbuka dengan beberapa teguk air sejuk".(2)

Menurut huraian ulama' rahimahumullah., tak dapat dinafikan bahawa buah kurma, banyak faedahnya atau khasiatnya, lebih-lebih lagi bagi orang yang hendak berbuka puasa. Sebagai buah yang manis lagi lazat, buah kurma sangat sesuai dengan "ma'idah" manusia yang sedang kosong. Ia dapat memberi tenaga dan menyegarkan kisaran ma'idah dan jika ada bekas-bekas makanan yang terpendam ia dapat membersihkannya.

Demikian juga halnya air sejuk yang sedia diketahui oleh umum tentang faedahnya kepada tubuh badan dan perjalanan darah.(3)

_____________________________

1. Al-Targhib (3:141). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya.

2. Hadith Hasan, diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dan Anas r.a., Al-Targhib (2:142).

3. Dalam pada itu, setengah ulama' menyatakan oleh kerana buah kurma itu manis, maka orang yang tidak mendapatnya boleh juga berbuka puasa dengan benda-benda manis yang lain, sebaik-baiknya makanan yang tidak disentuh api, di antaranya ialah buah-buahan.

Saat Berbuka Puasa Dan Keistimewaannya

Keistimewaan saat berbuka puasa diterangkan dalam hadith yang berikut:

25- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. (رواه مسلم)

25- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: ".. orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang menggembirakan. Pertama semasa ia berbuka puasa dan kedua semasa ia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)". (1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Menurut huraian ulama' rahimahumullah, ia bergembira semasa berbuka puasa kerana dapat menyempurnakan ibadat puasanya dengan pertolongan Allah dan Taufiq-Nya, manakala kegembiraannya pada hari akhirat kerana mendapat balasan yang sebaik-baiknya.

Sebagai bersyukur akan nikmat Allah dan limpah kurnia-Nya digalakkan berdoa, kerana doa orang-orang yang berpuasa sangat makbul pada saat berbuka puasa.

________________________

1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (8:31).

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

26- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ. (رواه الترمذي)

26- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga jenis orang - tidak ditolak doa permohonan mereka - pertama: Ketua pemerintahan yang adil, kedua: Orang yang berpuasa semasa ia berbuka puasa dan ketiga: Orang yang teraniaya ..."(1)

(Hadith Hasan - Riwayat Tirmizi)

Menurut huraian ulama' (2) rahimahumullah: Semasa berbuka puasa, sunat membaca doa yang berikut:

"اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ".

"Ya Allah Ya Tuhanku, untuk-Mu jua aku berpuasa dan dengan rezeki kurniaan-Mu aku berbuka puasa".(3)

Dan juga doa yang berikut:

"ذَهَبَ الظَّمَاءُ ، وَابْتَلَّتِ الْعَرُوْقُ ، وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ".

"Dahaga telah hilang, segala urat pula telah basah dan telah - sabitlah pahala - Insya Allah".(4)

_________________________

1. Al-Jami' al-Saghir (1:140).

2. Mughni al-Muhtaj (1:436) dan Sabil al-Muhtadin (2:148).

3. Doa ini berdasarkan sebuah "Hadith Mursal" riwayat Abu Daud dan Mu'az bin Zahrah.

4. Doa ini berdasarkan sebuah "Hadith Hasan" riwayat Abu Daud dan lain-lainya dari Ibn Umar, r.a., Nail al-Autar (4:234).

Membanyakkan Bersedekah Dan Membaca Al-Qur'an

Bersedekah dan membaca Al-Qur'an adalah dituntut melakukannya pada tiap-tiap waktu, lebih-lebih lagi yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, bulan Nuzul Al-Qur'an, kerana pahalanya berganda-ganda.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

27- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ. (رواه البخاري)

27- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat-sangat pemurah (dan sentiasa bersedekah), lebih-lebih lagi kemurahannya dan sedekah pemberiannya dalam bulan Ramadhan, ketika malaikat Jibril datang menemuinya. Baginda ditemui oleh Jibril tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Qur'an bersama. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. sangat-sangat bermurah hati dan sentiasa mengerjakan kebajikan (dengan tidak bertangguh lagi), lebih deras daripada hembusan angin (pembawa rahmat)"(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

Kemuliaan akhlak Rasulullah s.a.w. tidak ada taranya, sehingga Baginda dipuji oleh Allah Taala di dalam al-Qur'an al-Karim. Di antara sifat-sifat Baginda yang mulia itu, seperti yang digambarkan di dalam hadith ini, ialah tangannya sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan kepada orang-orang yang memerlukannya, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan, kerana pahalanya lebih besar daripada yang diberikan pada bulan-bulan yang lain.

Selain dan itu, Baginda menyatakan rasa syukurnya, kerana bulan Ramadhan ialah bulan "Nuzul al-Qur'an", bertambah pula pada tiap-tiap malam di sepanjang-panjang bulan Ramadhan Baginda dapat "mengulangkaji" membaca al-Qur'an bersama-sama dengan Jibril - secara "Bertadarus".(2) Dengan itu dapat Baginda membaca al-Qur'an dengan betul dan sempurna, lengkap dengan ilmu tajwid dan dapat pula menghafaznya.

Kandungan hadith ini menarik perhatian umat Islam supaya membanyakkan bersedekah dan membaca Al-Qur'an dalam bulan Ramadhan.

________________________

1. Fath al-Bari (1:34) Angin pembawa rahmat, yakni pembawa hujan.

2. "Bertadarus" sebagaimana yang sedia diketahui ialah seorang membaca, yang lain mendengar. Demikian juga maksudnya yang tersebut dalam hadith ini, iaitu Jibril a.s. membaca lebih dahulu dan Rasulullah s.a.w. mendengar, kemudian Baginda membaca dan Jibril pula mendengar.

Kelebihan bersedekah dan berkhairat ada diterangkan dalam bab zakat manakala kelebihan membaca Al-Qur'an dinyatakan dengan jelasnya dalam hadith yang berikut:

28- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ. (رواه الترمذي)

28- Dari Ibn Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah al-Qur'an, maka baginya satu kebajikan, sedang satu kebajikan itu menyamai sepuluh kebajikan. Aku tidak mengatakan: "Alif Lam Mim" satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf dan "Lam" satu huruf dan "Mim" pula satu huruf. (1)

(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Tirmizi)

Kandungan hadith ini memberi perangsang supaya tiap-tiap seorang muslim dan muslimah sentiasa membaca al-Qur'an, sehingga menjadi amalan tetap harian dalam hidupnya.

Setelah kandungan "Kitab Allah" selesai dibaca sehingga "khatam", bacalah lagi sehingga khatam berulang-ulang, selagi hayat dikandung badan.

Orang-orang yang telah merasi "Kemanisan Iman" dalam hatinya, sudah tentu tidak akan membiarkan masa lapangnya terbuang dengan sia-sia, malah mereka sentiasa berlumba-lumba mengerjakan kebajikan (يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.(2)

Bacaan Al-Qur'an yang sempurna dan berkesan - selain daripada membacanya dengan betul menurut hukum tajwid - mahulah pula difahami maknanya.

Hakikat ini diterangkan di dalam al-Qur'an:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا ءَايَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ.

"(Al-Qur'an ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab yang banyak faedah-faedah dan manfa'atnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat (mematuhi ajaran-Nya)."(3)

Yakni faedah-faedah yang banyak terkandung di dalam al-Qur'an meliputi segala pengajaran dan pertunjuk hidayah-Nya tidak akan dapat dicapai melainkan setelah tiap-tiap "kalimah" dan tiap-tiap "ayat suci" itu diketahui maknanya dan difahami dengan teliti, sama ada pembacanya itu mengetahui bahasa Arab - Bahasa al-Qur'an - apalagi yang tidak mengetahuinya.

_______________________________

1. Tuhfah Al-Ahwazi (8:236) dan Riadhus As-Solihin (388).

2. Ada orang-orang yang tidak berpeluang belajar mengaji Al-Qur'an semasa kecilnya (semasa kanak-kanak dahulu) disebabkan keadaan yang tak dapat dielak, sehingga apabila mereka telah dewasa, mereka tidak dapat membaca Al-Qur'an "yang tersurat" seperti orang lain - apalagi hendak mengkhatamnya. Malah ada di antaranya yang tidak tahu langsung membaca dan menulis.

Tetapi dengan pertolongan Allah yang sentiasa melimpah-limpah rahmat-Nya, mereka dapat menghafaz surah al-Fatihah dan beberapa "surah" yang pendek-pendek dari al-Qur'an untuk dibaca dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

Jika surah-surah pendek dari al-Qur'an yang mereka hafaz itu dibaca dengan berulang-ulang dan dijadikan amalan tetap dalam hidupnya maka mereka juga akan mendapat pahala yang besar yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya ini.

3. Ayat 29, Surah Sad.

Yang yang mengetahui bahasa Arab, kenalah ruju' kepada kitab-kitab tafsir dalam bahasa Arab untuk mengetahui makna dan pengertian al-Qur'an secara mendalam. Manakala orang yang tidak mengetahui bahasa Arab, kenalah berpandu kepada kitab-kitab tafsir dalam bahasa yang difahami.

"Hakikat inilah yang menggerakkan umat Islam di seluruh dunia menerbitkan kitab-kitab terjemahan al-Qur'an dan tafsirnya dalam bahasa masing-masing".

Kitab-kitab tafsir juga perlu dipelajari secara mendalam dan dengan ita sudah sewajibnya tiap-tiap masjid dan surau mengadakan pengajian tafsir Al-Qur'an berselang dengan pelajaran hadith dan ilmu "fardhu `ain" yang lain.

Ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang berikut:

29- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ … وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ. (رواه مسلم)

29- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: " .. dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah (masjid atau surau) dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya(1), melainkan turun kepada mereka semangat tenang tenteram dan mereka diliputi oleh limpahan rahmat, mereka pula dilingkungi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya".(2)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Demikian mulianya majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana sini secara umum dan demikian pula majlis "tadarus al-Qur'an" yang diadakan dalam bulan Ramadhan secara khusus.

Selain dari itu, masih ada amal-amal kebajikan yang disunatkan mengerjakannya dalam bulan Ramadhan, di antaranya: Beriktikaf di dal am masjid(3), melebihkan nafkah anak isteri berbanding dengan yang diberikan pada bulan-bulan yang lain(4), mengerjakan sembahyang tarawih(5) dan menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat untuk mendapat rahmat yang diberikan pada malam "Lailatul Qadar".(6)

________________________________

1. Yakni untuk mengetahui maknanya dan tafsirnya serta memahami hukum-hukumnya secara mendalam.

2. Riy'adh al-Salihin, (395).

3. Hukum beriktikaf dan rukun-rukunnya telah diterangkan dalam bab "Kedudukan Masjid Dalam Islam". Mastika Hadith, jil. kedua, (259).

4. I'anah al-Talibin (2:251).

5. Akan diterangkan secara khusus pada tempatnya.

6. Akan diterangkan secara khusus pada tempatnya.