Pages




Sunday, March 29, 2009

Mane satu ni??

Nak buang air pun ade isu nye..

Setengah org ambik bende ni remeh je..

Sebab tak de siapa yang ketengahkan..

Isunye ialah nak buang air kene bertenggong @ mencangkong ke duduk..

Dulu kte tgok kat shopping complex byak dah buat tandas yg untuk duduk..

Tahan ke nak duduk??

Dah la ramai org kat situ ishhh….berkongsi tempat duduk ngan org ramai..

Buatnye orang basuh tak bersih haaaa...jenuh..

Ketidakselesaan akan dirasai oleh kite sendiri …

Tp skrang bukan bukan stakat kat shopping complex je..

Di rumah pun dah renovate buat tandas duduk..

Sebenarnye ape isu yg nak dibangkitkan ni????

Mungkin bagi sesetengah pihak menganggap isu ni agak lucah atau kotor atau tak perlu di perbesar2kan..ish ish ish…

Ok la…cmni sebenarnye..

Bile kite nak buang air, sebolehnye biarlah kite bertenggong supaya najis akan keluar habis..

Sekirenye najis yg kite nak buang tu tak habis keluar, akan memberi impak maksima atau impak yg besar dalam solat seharian kite..

Solat kte tidak sah..kerana antare syarat sah solat ialah suci dari hadas besar dan hadas kecil..

Camne hidup nak berkat klu solat tak sah??? Subhanallah..sebagai seorang Islam wajib lah
menitik berat tentang perihal sedemikian.

Selain itu, ketika kite buang air kecil jangan lupe untuk berdehem..

Itu juge antare care untuk mengeluarkan najis yg masih ade di qubul atau dubur..

Sebelum terlupe,bagi yangg tidak mampu untuk bertenggong, maka duduk lah..

Cmne nak buat kalau tak mampu ye tak??? Ia di dalam kategori rukhsah(kelonggaran).

Islam itu mudah dan ia mempunyai garis panduan yang cukup lengkap untuk kite sebagai

umatnye untuk mengamalkannye..

Wallahualam….



Sunday, March 22, 2009

JALAN2 KE NERAKA..(bukan suruh ikut.suruh ngelak..faham..???)

  • orang yang tidak bertanggungjawab mengajar agama
          • orang kaya yang bakhil
  • peniaga yang penipu
          • peminum arak (perut jadi besar & buncit)
  • mengadakan & menyokong majlis2 haram
          • berzina (mengalir darah , nanah & tiap2 liang berbau busuk)
  • memakan harta anak yatim
          • melengah2kn waktu solat
  • tidak mengeluarkan zakat
          • panjang angan2 sehingga tidak menjalankan tanggungjawab kepada Allah
  • meninggalkan solat (mayat bertukar menjadi babi)
          • derhaka kepada ibubapa (menjadi batu hitam)
  • berbuat fitnah
          • suami & ibubapa yang dayus
  • dusta
          • memakan harta haram
  • sihir
          • dengki
  • melakukan perkara2 yang diharamkan Allah
          • membuat kesalahan kepada manusia (kuku tangan & kaki mencengkam ke bumi)
  • mengajar ajaran yang bertentangan dengan Islam (muka berpaling ke arah qiblat)

Friday, March 20, 2009

SENYUM... ('',)


# mengikut kajian terdapat 99 jenis senyum. takpasti le plak kajian ni dari mane. tau pun sbb my fvourite motivator Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood inform time die jd ahli panel dlm halaqah klu xsilap..for example.. :-


~ senyum kambing
~ senyum meleret
~ senyum menggoda
~ senyum ikhlas(matanya akan berkedut sedkit wktu die senyum la..)
~ senyum tanda bahagia
~ senyum tanda mengalah
~ senyum bile dpt reaksi positif dr org lain
~ senyum utk ukhwah
~ senyum utk menjalinkan silaturrahim
~ uissshhhhh...mcm2 lagi la..

# jgn sempitkan sedekah hanya pada harta benda..senyum juga satu sedekah...tau tak nape???
sbb klu kte senyum, org yg memandang kte pun rase senang hati..kesenangan hati itu ialah satu nikmat..nikmat ialah satu rezeki yg Allah beri..rezeki yg datang adalah kerana senyumn yg ikhlas..itu lah sbbnye dikatekan sedekah..

# senyum akan mbuat kte rasa ceria
# hormon memainkan peranan
# senyum bukan paksaan
# senyum ialah mekanisme merawat diri..kte akan jadi sihat dan kuat(mcm iklan milo plak..)
# dapat mengurangkn tekanan
# meningkatkan mood
# meningkatkan fungsi otak

# cara memudahkan senyum :

  • cuci hati dengan solat taubat
  • solat hajat
  • beristighfar
  • berdoa
  • berikhtiar
  • senyum selama 40 hari berturut2..

** ala...cube je buat..
p/s : kte hnye merancang, Allah juge merancang..perlu diingat bhawe Allah adalah sebaik2 perancang..

WALLAHUALAM...

believe it or not??


~~ mulakan dengan kalimah LAILAHAILLALLAH...

~~ untung lah orang yang menyucikan diri dgn ketaqwaan...
~~ apa sahaja yg berlaku berkaitan dengan hati...
~~ Allah akan beri agamaNya kepada orang yg Allah sayang...
~~ apa sahaja yang kita buat selangi dgn zikrullah...
~~ bagi orang yg lupa pada Allah, hidupnya sempit...
~~ hati kita kotor hadir daripada pandangan kita. iaitu bergantung pada apa yg kita pandang
~~ oleh itu, zina mata adalah yang paling dasyat
~~ so, jadi la budak baik...

MENCARI CINTA


# terdapat 3 kategori :


i) mahabbah ijlaliah (cinta mengagungkan Allah SWT)
ii) mahabbah ikrariah (cinta memuliakan Rasulullah SAW)
iii) mahabbah mujanasah (cinta manusia kpd manusia)

# ia hadir berdasarkn suasana
# melalui ilmu
# tauhid adalah lambang cinta agung

# perlu dipupuk bukan paksaan
# perlu ketaatan dan kepatuhan


DALAM MENCARI CINTA

dalam kita leka mencari cinta manusia
kita tidak sedar bahawa semakin lama ia semakin hilang dari pandangan kita

dalam kita mengejar cinta manusia
kita tidak sedar bahawa semakin kita kejar ia semakin jauh meninggalkan kita

dalam kita membongkar rahsia cinta manusia
barulah kita sedar bahawa cinta manusia adalahhadir kerana cinta dari Allah

cintailah Allah kerana Dia-lah pencipta cinta
cintailah Allah kerana Dia-lah yg akan memberikan kita ketenangan jiwa dan perasaan
kita akan redha dengan pemergian orang yg kita sayang apabila cinta kita setia pada Allah
kerana kita tahu semuanya adalah atas kehendak dan ketentuanNya

dalam kita leka mencari cinta Allah
kita sedar bahawa semakin lama Ia semakin jelas kelihatan

dalam kita mengejar cinta Allah
kita sedar bahawa semakin kita kejar Ia semakin hampir dan rapat dengan kita

dengan ini jelaslah bhwa yg haqiqi ialah cinta Allah
oleh itu, kejarlah ia seboleh mungkin
sememangnya cinta mmg mudah kita jmpa tetapi sukar utk kita peroleh dan miliki

* sayangilah diri kita dahulu. kemudian barulah kita sayangi orang lain seperti kita sayangi diri kita sendiri...

WALLAHUALAM..##