Pages




Friday, December 23, 2011

AndaiKata

andaikata nak makan boleh je, tapi jangan terlebih kenyang..
Monkey Emoticons

andaikata nak berhias boleh je, tapi jangan berlebih-lebihan(tabarruj)..

andaikata nak bekerja boleh je, tapi jangan sampai tak rehat..

andaikata nak menasihati orang boleh je, tapi perlu dengan hikmahnya..

andaikata nak berhibur boleh je, tapi ada batasannya..

andaikata nak menuntut ilmu boleh je, tapi perlu pandai mencari guru yang betul..
Monkey Winks

andaikata nak membina impian boleh je, tapi jangan sekadar angan2 dan perlulah disertakan dengan usaha..
Monkey Icon

andaikata nak beribadah boleh je, tapi jangan ada niat menunjuk-nunjuk..

andaikata nak baca al-Quran boleh je, tapi perlulah meluangkan masa bukan mencari mase terluang..
Monkey Icons Yoyo

andaikata nak jadi peramah boleh je, tapi jangan terlalu cepat percaya orang..

*menasihati diri ini yang sering terlupa....*
*meluahkan perasaan yang tak terluah...hukhukhuk*
*banyak lagi nak cakap, tapi rasenye cukup kot tuk arini...sambung wat keje...*

Saturday, December 17, 2011

Telefon Karat~~

kita biasa dengar perkataan tu kan..telefon karat adalah sejenis permainan yang amat femes sbb sgt mudah and happening(happening ke..?? huhuhu). Pemainnya adalah lebih dari sorg...lagi ramai lagi best..
permainan bermula dengan pemain pertama menyampaikan mesej kepada pemain kedua, pemain kedua menyampaikan mesej yg disampaikn oleh pemain pertama tadi kepada pemain ketiga dan seterusnya sehingga sampai ke pemain terakhir. Pemain terakhir perlu ucapkan mesej ape yg die terima...selalunya mesej yang diterima adalah lari dari ape yg pemain pertama sampaikan...confirm la kena gelak dengan semua kan kan kan...hikhikhik...

Sebenarnya ada mesej tersirat yang ingin disampaikan. Ianya adalah berkait rapat dengan fitrah manusia. Seseorang ingin menyampaikn pesanan kepada orang lain menggunakan orang tengah. Pesanan yang disampaikan kebiasaannya agak berlainan cara dan tidak semua yang ingin disampaikan itu sampai ke penerima. Hal ini boleh menyebabkan penerima salah faham. Bila berlaku salah faham, macam benda-benda lain lagi yg boleh berlaku. Ada yang baik dan ada yang buruk. Bagaimanapun terpulanglah kepada masing-masing bagaimana hendak menyampaikan mesej kepada yang lain dengan cara yang selamat. Apa yang paling penting adalah, apa yang kita hendak sampaikan sampai ke penerima. Kepercayaan adalah terletak pada diri masing-masing.

Wallahualam..~~

(tetibe rase nak tulis pasal ni pagi2 tadi.emmm cukup kot tuk arini..sambung wat keje lak...hehehe ok daaa..)

Monday, December 12, 2011

KeSempuRnaan



Ada seorang anak bertanya pada gurunya

Anak : Bagamana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?

Guru : Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu & jangan pernah kembali kebelakang.

...Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, si anak kembali dengan tangan hampa . . .

Lalu guru bertanya: Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga 1 pun?

Anak : Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya tapi aku tidak memetiknya karena aku pikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah,
namun ketika aku sudah sampai di ujung, aku baru sadar bahwa yang aku lihat tadi adalah yang terindah, dan aku pun tak bisa kembali kebelakang lagi!

Dengan tersenyum guru berkata:

"Ya, itulah hidup, semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya,
karena sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada,
yang ada hanyalah KEIKHLASAN hati kita untuk MENERIMA KEKURANGAN.

Marilah kita sedari bahawa apa yang kita dapatkan hari ini adalah yang TERBAIK menurut TUHAN bukan yg terbaik menurut kita dan jangan pernah ragu, kerana kesedaran itu akan menjadikan kita nikmat menjalani hidup ini ...


let me thinklet me thinklet me think emmmm....(berfikir..)


< thanks for sharing, let me share with others ^^,) >



Saturday, December 10, 2011

DuiT~~

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.